Sunday, April 22, 2018

Ibu Hamil dan Thalassemia

Seringkali kita dengar ibu hamil dan masalah hB rendah kan. Seolah-olah tidak dapat dipisahkan je. Hb rendah sememangnya sangat tidak bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Namun dengan pengambilan Vitalea untuk masalah hB rendah (seperti yang saya kongsikan sebelum ni ) secara konsisten iaitu multivitamin yang kaya dengan zat besi ini sangat membantu menaikkan semula hB ibu hamil semula.


Bagi ibu hamil yang mengalami masalah hB rendah, jika anda disahkan sebagai pembawa atau  penghidap thalassemia (selepas ujian saringan dilakukan), sila berhati-hati dengan pengambilan zat besi (iron). Masalah hB rendah yang normal adalah disebabkan kekurangan zat besi dalam darah, namun ianya adalah berbeza jika anda penghidap thalassemia.


Kisah ibu hamil dan thalassemia. Jom kita fahami apakah maksud thalassemia dan apakah suplemen yang sesuai untuk diamalkan.





Thalassemia merupakan satu penyakit genetik atau keturunan yang berpunca dari masalah kekurangan sel darah merah(hemoglobin) yang berkualiti. Hemoglobin adalah komponen darah merah yang membawa oksigen. 

Ianya mengandungi dua jenis protin yang berbeza iaitu Alpha dan Beta. Ketidakseimbangan mana-mana protin ini menyebabkan sel darah merah tidak terbentuk dengan sempurna justeru tidak dapat membawa oksigen yang sepatutnya kepada tubuh.

Penghidap thalassemia biasanya dikategorikan kepada 2 kategori iaitu Alpha Thalassemia atau Beta Thalassemia. Namun keduanya mempunyai jenis peringkat yang berbeza sama ada serius atau tidak. 

Serius disini bermaksud, Thalassemia yang dihidapi boleh mengakibatkan kematian bayi sebelum lahir ataupun sebaik sahaja dilahirkan. Namun, tidak kurang juga yang hanya mengalami anemia biasa sepanjang hayatnya bergantung kepada peringkat thalassemia yang dihidapi.

Namun demikian, anda yang menghidap Thalassemia adalah berbeza dengan masalah hb rendah atau anemia biasa. Penghidap thalassemia tidak boleh dan tidak dibenarkan mengambil Vitalea atau zat besi (iron) kerana ianya akan menyebabkan pengumpulan zat besi (iron) yang berlebihan di dalam tubuh dan boleh mengakibatkan kematian disebabkan sakit jantung


Apakah suplemen yang sesuai?


Jangan risau. Ada vitamin lain yang boleh membantu untuk menaikkan hb dan meningkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit bagi ibu hamil yang menghidap thalassemia





Pengambilan B Complex dengan asid folik secara berterusan dan konsisten sangat penting bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi atau 'spina bifida' malah sangat membantu membina sel darah merah serta membantu meningkatkan kadar oksigen dalam darah.

B complex yang mengandungi rangkaian vitamin B mampu mengurangkan tekanan dan stress. Ianya juga membantu tubuh melawan penyakit.

Ibu hamil yang ada Thalassemia juga sangat berisiko tinggi menghadapi masalah tulang rapuh kerana masalah kekurangan kalsium. Jadi sebaiknya anda mengambil Ostematrix untuk kesihatan tulang ibu dan juga untuk kesihatan tulang bayi anda.

Kalsium yang mengandungi magnesium dan Vitamin D yang terdapat dalam Ostematrix membantu dalam pengawalan denyutan jantung supaya seimbang.

Pengambilan ESP semasa hamil pula dapat membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru termasuk lah sel-sel darah merah anda. ESP yang kaya dengan protein ini juga membantu anda yang sedang hamil kekal bertenaga dan mengelakkan rasa letih dan lesu.


Antara mereka yang ada masalah Thalassemia







Apapun masalah yang kita hadapi, tetaplah hati kita untuk usaha yang terbaik. Selebihnya kita berserah dan bertawakkal kepada Allah. Moga info ni bermanfaat buat semua.



Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi, boleh terus hubungi saya:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 

Add Fb saya : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.

Klik Like & Follow FB Page saya : MamaZiqry Shaklee Penang


Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI
COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam, Bukit Bendera, Jelutong, USM, Georgetown, Bayan Baru) dan Pos Laju seluruh Malaysia


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment