Apa hal tak risau kalau setiap kali anak poo poo je asyik menangis, meneran sampai muka merah-merah, tapi takda pun keluar hasil.
Sungguh pilu rasanya bila dengar anak menangis, tapi tak dapat nak tenangkan dia.
Sebelum tahu tips kurangkan sembelit anak, jom ketahui cara nak kenal anak sembelit atau tidak.
Ibu ayah cuba tengok tanda-tanda kat bawah ni:
- buang air besar kurang dari 3 kali seminggu
- Meragam
- Abdomen yang keras
- Mendengus dan meneran setiap pergerakan
- Menangis masa nak buang air besar
- najis lebih besar dari saiz biasa
- Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
- Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul
Banyak sebab sembelit ni boleh berlaku. Ia jarang-jarang terjadi bagi anak yang masih menyusu badan, tapi risikonya lebih tinggi jika anak minum susu formula.
Kadangkala masalah sembelit juga boleh terjadi di kalangan bayi atau anak yang masih kecil, dimana ketika diet mereka berubah dan mula makan makanan pepejal.
Tips kurangkan sembelit anak ialah dengan memperbaiki diet mereka. Utamakan semua nutrien seperti kalsium dan vitamin D dan juga serat.
Mak boleh beri anak buah naga, avocado, betik atau plum sebagai snek sebab ia boleh bantu kurangkan sembelit anak.
Elak buah seperti pisang dan epal. Sebab tanpa mak sedar ia boleh sebabkan sembelit.
Akhir sekali,beri air kosong semasa makan (sebelum selepas). Bukan orang dewasa saja kena banyak minum air kosong tau.
Semoga tips yang dikongsikan dapat membantu mengatasi masalah si kecil yang kerap sembelit ya.
Nak tahu lagi cara kurangkan sembelit klik DISINI.
Happy sharing!
#tipsmamaZ
#diarimamaziqry
#anaksembelit
0 comments:
Post a Comment