Friday, May 08, 2020

Daging Masak Hitam Serius Sedap

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke16 Ramadhan. Esok dah hari nuzul al-quran.

Santai je hari ni nak kongsi daging Masak hitam serius sedap😋



Saya cedok resepi daripada azie kitchen,cuma ubahsuai sedikit mengikut bahan yang ada kat rumah ni je.

Menurut perkongsian azie kitchen, resepi ini dipelajari oleh seorang kenalan beliau dengan Bonda Chef Wan lama dahulu.

Jom tengok resepi mudah dan sedap ini.

Resepi asal azie kitchen;
Bahan bahan:
1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar mayang - hiasan

Bahan Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Sejengkal halia - 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih

Saya cuma ubahsuai sedikit je ikut bahan yang sedia ada di rumah.

Buat setengah kilo daging sahaja, tak guna buah keras, kicap pula tukar dengan kicap manis cap kipas udang dengan tambahan sedikit garam secukup rasa.


Rasa daging Masak hitam serius sedap😁


Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.



Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.



Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.


Daging Masak Hitam ini selain sedap dimakan dengan nasi putih, sedap jugak nasi dimakan dengan Nasi minyak dan juga pulut kuning.

Macam hari ni, saya padankan daging Masak hitam serius sedap ni dengan Nasi minyak untuk hidangan berbuka puasa. Memang makan bertambah lahh🤭

Raya nanti boleh repeat masak daging ni jugak la.Jangan risau kalau nak buat banyak pun, masakan ni sangat tahan lama kerana tiada penggunaan santan di dalamnya.

Selamat mencuba😊

0 comments:

Post a Comment