Monday, May 04, 2020

Makanan Terbaik Percepatkan Tulang Patah Sembuh

Kebiasaanya kecederaan seperti terjatuh, kemalangan jalan raya, atau kecederaan ketika bersukan menyebabkan berlakunya tulang patah.


Kemungkinan yang ada boleh jadi patah sepenuhnya iaitu tulang patah dua atau separa patah di mana tulang hanya mengalami keretakan.


Tulang yang patah biasanya mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh. Ianya mungkin memerlukan masa berminggu-minggu malahan boleh jadi berbulan-bulan atau bertahun lamanya untuk dapat kesan pulih.

Dari bacaan tulisan Dr. Zubaidi Hj Ahmad, penyembuhan tulang yang patah melibatkan tiga proses dalam masa yang sama iaitu berlakunya keradangan(bengkak), penyingkiran sel-sel tulang yang rosak dan pembentukan semula tulang yang baru.


Tempoh penyembuhan untuk setiap individu adalah berbeza. Ia juga bergantung kepada faktor contohnya usia pesakit, kawasan dimana patah itu berlaku, penyakit kronik (jika ada) juga mengganggu proses penyembuhan, amalan diet pemakanan dan lain-lain.

MAKANAN TERBAIK PERCEPATKAN TULANG PATAH SEMBUH


Sekiranya anda mengalami patah tulang, tolong dapatkan rawatan  segera bagi mengelakkan masalah lain berlaku.

Diet tertentu boleh dilakukan untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah.

Terdapat beberapa makanan yang penting dalam membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang yang patah.


1. Makanan yang kaya dengan kalsium


Kalsium adalah mineral utama dalam tulang, sangat penting untuk proses pembaikan dan pertumbuhan semula sel-sel tulang. Dengan meningkatkan pengambilan sumber kalsium boleh membantu untuk mempercepatkan penyembuhan tulang yang patah.


Selain produk tenusu, makanan seperti ikan salmon, brokoli, bayam, asparagus, badam, tauhu, alfalfa dan bijan juga membekalkan sumber kalsium.

2. Makanan yang kaya dengan Lysine


Lysine adalah asid amino yang diperlukan untuk metabolisme dan penggunaan protein yang betul. Ia boleh membantu sel-sel untuk baiki tulang, dan boleh menguatkan otot dan ligamen tulang di sekitarnya.


Asid amino juga penting dalam meningkatkan penyerapan kalsium untuk pembaikan tulang. Contoh makanan yang kaya dengan lysine ialah produk tenusu, ikan, kacang merah, kacang kuda, daging lembu, dan produk soya.


3. Makanan yang kaya dengan Vitamin C


Vitamin C sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun. Namun begitu, vitamin C juga berperanan penting untuk bantu penggunaan kalsium dengan cekap dan pembaikan tulang.


Ia turut membantu menguatkan tisu penghubung dan otot yang memegang tulang semasa proses penyembuhan. Jadi,  tingkatkan pengambilan vitamin C seperti tauge, pasli, kacang hijau, mangga, buah-buahan sitrus, beri, bayam dan lain-lain.

AWAS‼️


Elakkan pengambilan Alkohol dimana ia menggalakkan kehilangan kalsium dalam tulang dan peningkatan keradangan.

Kurangkan atau hadkan pengambilan garam, gula dan bijirin halus, Cola dan minuman bergula lain, minuman berkafein. Semua makanan dan minuman ini boleh menyingkirkan kalsium daripada tulang, menghalang kalsium daripada diserap serta menghadkan atau melambatkan proses penyembuhan.



Jika anda sedang mengalami patah tulang, dan ingin mendapatkan sumber nutrien daripada suplemen ; set vitamin tulang patah adalah makanan terbaik percepatkan tulang patah sembuh dengan lebih baik.

Tahap kesihatan anda juga dapat dipertingkatkan. Trust me😊



Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan produk,boleh terus hubungi kami di:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 
(klik untuk terus whatsapp saya) 

Add Fb : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya.

Like & Follow FB Page: MamaZiqry Shaklee Penang

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk atau ingin menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik JOIN NOW 

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi Saya, Saya sedia membantu😊

0 comments:

Post a Comment