Sunday, May 03, 2020

Roti Canai Homemade Rangup Diluar Lembut Didalam

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum.. santai hari ahad walaupun setiap hari pun rasa seperti hari ahad masa PKP nišŸ¤­


Macam biasalah, masa puasa ni akan ada rasa teringin nak makan macam-macam. Disebabkan kuah gulai ikan saya yang sedap tu ada banyak lagi, mulalah idea untuk tambah kalori hidangan berbuka puasa hari ni nak buat roti canai homemade.



Gugel punya gugel..tertarik dengan resepi roti canai homemade by By Khabbab Jamalludin. Katanya ni resepi roti canai homemade rangup diluar lembut didalam. Haha..terujalah saya nak cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah.

Bahan bahan (1kg) :

Untuk tepung (bahan A):
1kg tepung gandum
1sudu besar marjerin
1 biji telur ayam
(Bahan atas digentel)

Untuk bancuhan air (bahan B
520ml air masak
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar garam
1 sudu air berkarbonat

Sedikit marjerin
(untuk lumur dengan bola roti)
Minyak untuk menggoreng

Oleh kerana ahli dalam rumah ni taklah ramai sangat,jadi saya buat setengah adunan daripada bahan-bahan di atas.

Oh ye..kata owner resepi..air karbonat tu tujuannya untuk kembangkan sikit adunan supaya lebih lembut dan tetap lembut lepas difrozen dan masak balik.


CARA BUAT :

Setelah bahan A habis digentel
Masukkan separuh bahan B dulu
Kemudian masukkan secara perlahan lahan.
Sambil uli pakai tangan ya. Kalau tak uli nanti susah nak agak cukup ke tidak.

Mengikut kata owner resepi yang asal, kalau bahan A tak cukup
JANGAN tambah tepung sahaja, mesti tambah tepung yang dah digentel dengan marjerin dan telur juga.

Begitu juga kalau bahan B tak cukup
JANGAN tambah air sahaja, tetapi air bancuhan dengan sukatan gula dan susu pekat yang sama. Itu syaratnya. Renyah jugak yešŸ¤£

Bila bahan A dan bahan B dah sebati. Macam Mana nak tahu sebati? Korang boleh tengok tepung yang di uli tu dah licin, tangan pun tak banyak tepung dah

Bahagian menguli yang perlu kesabaran. Kalau ikut Masa yang owner asal ni uli tepung tu dalam 15 minit. Buat slow and steady ješŸ˜

Kemudian, biarkan dulu mengembang dalam 15-20 minit sebelum bulat bulatkan.



Lepas bulatkan, kena lumur dengan marjerin ya. Macam saya buat seorang je, saya lumurkan tapak dulang/pinggan kita nak bubuh bebola tu dengan marjerin guna sudu. Kalau korang lumur guna tangan, kena basuh tangan yang ada marjerin tu.

Bulat-bulatkan dulu sampai habis
Lepas dah habis baru ambil marjerin lumur sendiri keliling bebola tu.

Bebola tepung tu biarkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum boleh tebar.
Andaikata kalau korang buat malam sebelum tidur, pagi tu dah just nice nak tebar.

Konsep tebar adalah kita tekan bola tersebut sampai leper dan tarik perlahan lahan.

Nak tebar tak payah bubuh minyak atas meja nanti susah nak tarik sebab licin.
Marjerin yang kita dah lumur sebelumnya cukup dah untuk taknak bagi lekat dengan permukaan kita nak tebar atau tarik.
Saya tak pandai tebar, jadi saya tarik-tarik je lah sampai jadi rupa roti canaišŸ˜

Ini tips asal daripada owner resepi tau. Bila menggoreng boleh balik-balikkan tepung tu 2 kali je. First, bubuh atas kuali bagi setakat hilang putih adunan, lepas tu balikkan kali pertama, bagi masak sampai coklat garing dan kemudian balik kali kedua untuk masak sampai garing bahagian yang pertama kena kuali. Kemudian boleh angkat.



Nampak sedap kan?
Memang sedap di cicah dengan gulai ikan saya tu.haha..boleh la lepas buat makan anak beranakšŸ¤­


Tips Roti Canai Frozen

Kalau ada adunan lebih dan tak larat nak makan boleh je korang buat frozen.

Canai je macam biasa, cuma masa goreng balikkan sekali sahaja asal hilang warna putih adunan tepung tu. Kemudian terus angkat.

Cara simpan roti canai frozen: letak lapis plastik di antara roti canai supaya tak melekat.
Dan kalau nak masak balik, keluarkan dulu bagi  ikut suhu bilik, hilang beku. Cara menggoreng tetap sama iaitu jangan lebih 2 kali balik, tapi lebihkan sikit minyak masa goreng
InsyaAllah lembut dia sama macam yang bukan frozen.

Best betul resepi ni. Tiba-tiba rasa macam pandai sangat buat roti canaišŸ¤£ moga bermanfaat untuk korang jugak.

SELAMAT MENCUBA !

0 comments:

Post a Comment