Friday, May 01, 2020

Tips Murah Rezeki Neelofa

  No comments    
categories: 
Baru-baru ni terbaca tulisan seorang penulis content di fb mengenai perkongsian tips murah rezeki Neelofa.


Siapalah yang tak kenal Neelofa, ikon wanita muslimah yang sangat berjaya dan sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada wanita lain.


Tertarik dengan tips yang sangat mudah namun kita sering memandang enteng. Saya kongsikan disini dengan niat untuk sama-sama beroleh manfaat termasuk diri saya sendiri.

Antara tips murah rezeki Neelofa adalah tentang hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.

Menjaga hubungan sesama manusia.


Neelofa sangat mengutamakan keluarga, sentiasa mahu mengukuhkan silaturrahim seluruh ahli keluarga, adik beradik, sepupu dan kalau boleh semua orang.

Menjaga hubungan dengan Allah.


Apa yang Neelofa buat sebelum bermula untuk buat perniagaan, beliau sudah susun portion sebagai “Hak Allah.” Hak Allah dalam berniaga itu bermaksud zakat. Kata Neelofa :

“kita semua tahu tentang sedekah, buat baik, solat dan sebagainya, namun dalam Quran disebut banyak kali tentang zakat dan kita selalu terlupa atau tak tahu apa dia zakat ini. Kena utamakan sebab itu hak Allah.”

2 elemen ini sumber positiviti Neelofa.

Bagi beliau, apa sahaja ujian yang datang adalah tanda Allah nak beri lagi tinggi tangga kejayaan.



Konsep Sedekah Neelofa


Allah s.w.t. maha memberi kepada semua hambaNya. Jadi teruskan memberi kita akan dapat semula semuanya.

Dalam konsep sedekah yang Neelofa lakukan. "Apa yang kita beri itu sebenarnya adalah memberi kepada diri sendiri."

Apabila kita mati, semua yang kita beri akan dapat semula kepada kita. Ia seolah-olah bank simpanan. Apa yang kita hulur semasa hidup, akan Allah masukkan semula kepada kita selepas kita mati.

Jadi hari-hari beliau sedekah supaya simpanannya bertambah. Ini yang beliau belajar daripada Ustaz Ahmad Dusuki.


Tips murah rezeki Neelofa ni memang kebanyakan kita sudah tahu,tapi semua berbalik kepada usaha dan apa yang kita harap. Paling penting, kita nak Allah suka dan Allah sayang kepada kita.

Jangan dilupa tentang syukur dan kufur dalam surah Ibrahim ayat 7.

Sebagai orang yang berniaga, ucaplah syukur dan terima kasih apabila orang beli barang. Layan orang dengan baik dan hargai mereka dengan seikhlas hati.

Kita mahu rezeki dari Allah, kalau kita berniaga tanpa ada rasa syukur maka kita ini  sebenarnya sedang kufur.

Tips murah rezeki Neelofa ni bukan tentang berniaga 100% tapi ia lebih besar dari itu. InshaAllah..sama-sama kita berdoa moga kita sentiasa dalam rahmat Allah swt..


🙋 Shaklee Dealer @ Work at Home Mom

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 
(klik untuk terus whatsapp saya) 

Add Fb : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya.

Like & Follow FB Page: MamaZiqry Shaklee Penang

Instagram : vitaminijo.my

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk atau ingin menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik JOIN NOW 

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi Saya, Saya sedia membantu😊


0 comments:

Post a Comment