Salam 21 ramadhan, 2021. Sharing sikit bacaan pagi ni☺️
Istiqamah kunci KEJAYAAN hidup
Istiqamah, konsisten dalam tindakan berdasarkan satu panduan.
Berkata Para ulama' istiqamah bermaksud sentiasa mengikut ketaatan kepada Allah swt, yang diberikan penekanan oleh Al-Quran dan Hadis.
Tips untuk kekal istiqamah:
💚Niat yang ikhlas kerana Allah
💚Doa kepada Allah agar diberi kekuatan
💚Cari kawan yang suka buat kebaikan
💚Baca sirah Nabi dan Para sahabat
💚Mulakan secara bertahap
Rasulullah s.a.w memberi peringatan dalam sebuah hadis, bahawa kita jangan menganggap amalan yang kita lakukan itulah semata-mata yang dapat menjamin kebahagian di akhirat.
Hakikatnya, semua kebaikan yang kita lakukan adalah kerana rahmat dan kurniaan Allah swt.
Iman kita, amalan kita, istiqamahnya kita, semuanya di atas rahmat dan limpah kurniaan Allah swt.
Oleh itu, syukurlah.. Kenanglah kurniaan Allah swt. Beriman lah dengan penuh rasa kasih dan rasa terhutang budi padaNya kerana telah memberi kita dorongan ke arah iman dan amalan.
Berterima kasih lah padaNya dengan menambah lagi keimanan, perteguhkan lagi amalan. Itulah istiqamah, itulah nikmat kurniaan Allah swt.
0 comments:
Post a Comment