Assalamualaikum.
Dah lama tak share tentang penyusuan. Alhamdulillah, masih menjadi ibu menyusu untuk anak yang hampir berusia 3 tahun.
Andai ada yang bertanya bila nak putus susu, jawapanya bila sampai waktu yang sesuai.😊 InshaaAllah lepas ni saya boleh share beberapa tips untuk putus susu untuk dua anak sebelum ni.
Berbalik pada perkongsian hari ni, kebanyakan ibu-ibu nak susu banyak selepas bersalin. Kiranya dah ada mind set dalam diri setiap ibu bersalin penghasilan susu ibu akan banyak untuk anak yang baru dilahirkan.









