Friday, April 20, 2018

Bila Waktu Sesuai Buka Buku Merah?

Saya mengandung! Bila waktu sesuai buka buku merah ye?

Wahh, mesti teruja kan pertama kali nak pergi pemeriksaan kandungan di klinik. Nak buka buku merah ni ada tempoh masanya. Seingat saya kira-kira usia kandungan 6 minggu dah boleh buka buku dan selewat lewatnya sebelum 12 minggu bagi memudahkan jururawat dan doktor scan kandungan dan menentukan tarikh bersalin (due date).


Lebih awal buka buku merah lebih bagus bagi memudahkan pantauan daripada pihak klinik kesihatan.

Oh ye..nak buka buku merah ni kene ikut kawasan ye. Tak boleh nak pandai-pandai ikut suka kita nak klinik mana. Kecuali sekiranya klinik yang sepatutnya jauh dari tempat kerja, anda boleh je minta tukar klinik. 

Kiranya kita menumpang check up dekat klinik yang berdekatan dengan tempat kerja.
Yang penting wajib buka buku dulu ikut kawasan (alamat rumah anda) dan beritahu dengan pihak klinik yang anda nak teruskan check up di klinik yang berdekatan dengan tempat kerja.


Dokumen yang diperlukan

Pertama kali pergi klinik nak buka buku merah, anda wajib bawa:
  • I/C
  • Sijil Nikah
  • Salinan Sijil Nikah
  • Bukti akuan mengandung  seperti ujian air kencing(upt) atau gambar scan di klinik lain atau boleh juga melakukan ujian pada hari tersebut untuk pengesahan yang anda mengandung.
  • Kena tahu hari pertama last period anda
Yang hamil buat kali yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, anda wajib juga untuk bawa dokumen seperti di atas tu. Cuma ada penambahan dimana anda dikehendaki membawa buku merah lama (kandungan sebelumnya) bagi memudahkan pihak klinik kaji sejarah tahap kesihatan anda semasa mengandung sebelumnya.




Biasanya pertama kali nak buka buku merah ni ambil masa yang agak lama. Jadi, bagi yang bekerja tu silalah ambil cuti dan isi perut siap-siap sebelum ke klinik ;)


Prosedur yang perlu dilalui


Antara prosedur yang bakal dilalui semasa buka buku merah:

  • Ujian air kencing
  • Ambil ketinggian dan berat.
  • Ambil darah pertama kali untuk pemeriksaan HIV dan juga Hb.
  • Soal jawab dengan jururatwat untuk isi butiran yang berkenaan dalam buku merah.
  • Cek perut , mata , leher dan buah dada jika ada bengkak.
  • Berjumpa doktor dan scan kandungan.

Rasanya tak susah mana pun prosedur ni. Selepas buka buku merah, anda boleh teruskan rutin pemeriksaan kandungan sebulan sekali sehingga masuk usia kandungan 8 bulan. 

Jangan lupa amal pengambilan makanan yang sihat semasa mengandung ni. Nutrisi lengkap dalam Set Mengandung juga penting tumbesaran bayi dalam kandungan dan juga memastikan ibu sentiasa sihat dan bertenaga.

Moga info ni bermanfaat buat anda terutamanya ibu-ibu yang baru ;)

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah



Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi, boleh terus hubungi saya:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 

Add Fb saya : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.

Klik Like & Follow FB Page saya : MamaZiqry Shaklee Penang

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI
COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam, Bukit Bendera, Jelutong, USM, Georgetown, Bayan Baru) dan Pos Laju seluruh Malaysia


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment