Thursday, April 09, 2020

Aktiviti Mudah Bantu Anak Menulis

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah masuk bulan April tahun 2020. Pada ketika saya menulis artikel ni, 1 Malaysia sedang menjayakan hari ke 23 perintah  kawalan pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian virus covid 19 yang menyerang satu dunia.

Namun begitu, kita sebagai ibu bapa khasnya harus bersyukur kerana inilah masa emas untuk kita manfaatkan sebaiknya bersama anak-anak tersayang. Penuhi aktiviti berfaedah yang membawa kenangan terindah walaupun dalam keadaan kerisauan satu dunia.



Just simple sharing!


Untuk ibu bapa yang baru perasan ada anak darjah 1 anda yang masih sukar menulis?;
atau ada anak 6 tahun anda masih belum pandai tulis satu huruf pun?;
atau, ada anak darjah 2 masih lambat menyalin dari papan hitam?

Nahh...Aktiviti mudah bantu rangsang kemahiran anak untuk menulis dapat mengatasi kesukaran si anak.  Aktiviti ni sesuai untuk anak-anak yang sudah mula mahu dilatih menulis, atau mahu mengukuhkan kemahiran asas sensori-motornya agar boleh menulis lebih efisyen.

Saya suka aktiviti ni sebab ianya menarik minat anak-anak saya. Anak saya Zeyad berumur 6 tahun sudah pandai menulis, tapi masih belum mahir untuk menyalin tulisan di papan hitam. Zia pula berumur hampir 2 tahun sudah mula menunjukkan minat untuk menulis. 

Jadi, saya kira aktiviti 'Menyalin atas Pasir' yang saya belajar dari perkongsian OT Aisyah Rozalli ni mampu membantu untuk merangsang kemahiran menulis anak-anak.

Macam mana nak buat aktiviti ini?

Ibu bapa boleh guna pasir, beras, garam, atau kacang hijau. Tekstur pasir beri anak rangsangan sensori tactile, proprioseptif yang akan buat anak lebih sedar dengan corak pergerakan jarinya. Anda boleh pilih mana yang sesuai dan selamat serta senang anda nak kemas semula. Maklumlah 'bekerja' dengan anak kecil ni macam-macam gayanya.



Mula-mula, minta anak trace bentuk yang kita dah sediakan di kertas, dan kemudian, buat bentuk yang sama menggunakan jari telunjuk pada pasir pula. 

Guna jari telunjuk buat anak yang ada masalah genggaman terlalu kuat atau lemah untuk punya isolasi jari yang lebih baik dan membantu anak lebih mudah koordinasikan jarinya semasa menulis. 



Kalau anak bawah 3 tahun seperti anak saya Zia, boleh bagi anak buat bentuk yang macam dalam gambar ni dulu.(kredit;OT aisyah rozalli)



Kalau dah masuk 4 tahun, bagi buat bentuk-bentuk asas yang lain : segi empat, segi tiga, bentuk rumah.

Kalau dah masuk 5 tahun ke atas, baru ajak buat bentuk huruf. Anda digalakkan bagi anak tulis bentuk huruf yang dia sedang belajar baca. Kalau anak sedang belajar baca huruf "u", ajak anak tulis "u". Kalau anak sedang belajar baca "nak", ajak anak tulis "nak".

Macam anak saya Zeyad ni, die dah boleh tulis 'ASTRO', jadi saya ajak zeyad tulis perkataan tu.



Mudah je kan?

Tak semestinya ajar anak menulis atau membaca mesti kena guna pensel-kertas.

Kalau kita buat aktiviti macam ni di rumah. Ianya lebih bagus untuk bantu merangsang otak anak.inshaAllah..

Jom baca: Perlu ke vitamin untuk anak kecil?

Aktiviti menyalin dari kertas ke pasir merangsang memori visual anak yang sangat membantu anak untuk menulis lebih cekap dan pantas.



Buat aktiviti yang bukan kertas-pensel buat anak rasa dia sedang bermain sambil belajar. Boleh kurangkan stress anak.

Best ke best?

Haaa..dah ada aktiviti best bersama anak-anak masa cuti PKP ni kan. Jom buat.  😊😊😊

1 comment: