Bagi ibu hamil, hidangan makanan perlu dipelbagaikan bagi memenuhi semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Ianya sangat penting ya ibu-ibu.
Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).
- Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.
- Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D. Ibu harus tahu, asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika ibu itu langsung tidak mengambil ikan.
- Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.
- Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:
- Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
- Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.
- Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.
- Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar
Ibu yang sukar untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat boleh cuba mengambil suplemen semasa hamil bagi memenuhi kepeluan nutrisi oleh ibu dan bayi. Untuk info lanjut mengenai suplemen semasa hamil Disini
0 comments:
Post a Comment