Friday, April 24, 2020

Baru Bersalin, Susu Tak Cukup.

  No comments    
categories: 
Saya perhatikan, ramai ibu-ibu muda yang baru melahirkan stress bila mengalami masalah susu Tak cukup awal-awal bersalin


Susu badan takde, baby kerap menangis macam tak cukup susu. Jadi, ramai ibu terpaksa bagi susu formula walaupun hajat di hati memang nak fully bf, tapi tak dapat😌


Ada dua perkara yang ibu perlu tahu iaitu:

Bayi yang baru lahir mempunyai perut hanya sebesar sebiji guli atau kacang peas (5-7ml).Badan ibu pula memerlukan masa 3-5 hari untuk mulakan penghasilan susu selepas bersalin.

Di awal kelahiran, ada cecair yang warnanya agak kekuningan pekat keluar pada awal kelahiran yang dipanggil kolostrum. Ianya susu awal ibu yang mempunyai antibodi penting untuk bayi.

Disebabkan perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar guli / kacang peas, jadi bayi hanya memerlukan lebih kurang 60 – 100 ml dalam tempoh 24 jam pertama kelahiran. Dan purata pengambilan kolostrum dalam tempoh 24 jam ini hanyalah 37 ml.

Sangat sedikit tetapi sesuai dengan saiz perut bayi dan organ dalamannya yang masih belum matang iaitu usus dan buah pinggang.



Penghasilan susu akan bertambah dalam tempoh 36 jam berikutnya, sesuai dengan keperluan dan permintaan bayi.

Jadi, untuk semua ibu-ibu jangan risau ya. Walaupun kuantiti kolostrum yang dihasilkan pada awal kelahiran sedikit. Ia mencukupi untuk bayi anda. Anda hanya perlu konsisten memberikan bayi anda minum melalui payudara anda sekerap mungkin.

Elakkan mengepam mahupun penggunaan botol, kerana hisapan bayi adalah yang terbaik untuk merangsang penghasilan susu ibu. Lagi banyak anda menyusu,lagi banyak susu yang akan terhasil.

Ibu juga perlu tahu, bayi yang baru lahir menyusu secara kerap adalah disebabkan saiz perut bayi yang kecil, dan
susu ibu yang cepat hadam. Bukan kerna penghasilan susu yang tidak cukup😊

Purata bayi yang baru lahir menyusu ialah 8-12 kali dalam masa 24 jam. Beri je susu bila ada permintaan dari bayi. InsyaAllah susu anda akan bertambah dari masa ke semasa.

Satu lagi perkara penting, bayi memang kerap menangis untuk menunjukkan perasaan mereka. Antara faktor yang mungkin penyebab bayi menangis sama ada merasa perut tidak selesa, ingin tidur, tidak selesa lampin basah dan perlukan pelukan atau perhatian ibu dan ayah.

Sebagai ibu, cuba fahami keperluan bayi dan lalui hari-hari pertama bergelar ibu dengan hati yang tenang dan gembira ya.

Moga artikel ini bermanfaat untuk semua terutamanya ibu yang baru bersalin,rasa  susu tak cukup. Hari-hari pertama bersalin dengan penyusuan ibu sepenuhnya adalah tempoh yang sangat genting dimana ia mendorong perjalanan penyusuan anda menjadi lebih mudah. InshaAllah.


0 comments:

Post a Comment