Wednesday, April 29, 2020

Vertigo dan Cara Mengatasinya

  No comments    
categories: 
Pernah dengar VERTIGO?

Dikatakan seseorang yang mengalami vertigo rasa pening luar biasa, seolah-olah dunia sekeliling sedang berpusing-pusing.




Vertigo terjadi disebabkan oleh gangguan pada keseimbangan badan dan ianya perlu dirawat bagi mengelakkan menjadi bertambah buruk sehingga mengganggu kualiti hidup anda.


APA FAKTOR TERJADINYA VERTIGO?


Antara faktor yang memungkinkan terjadinya Vertigo termasuklah:
✔️keradangan dan jangkitan bakteria di bahagian dalam telinga menyebabkan keseimbangan tubuh badan terganggu.
✔️aliran darah kurang menuju ke otak sehingga menjejaskan fungsi otak, kekurangan oksigen ke seluruh badan seterusnya mengakibatkan sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
✔️migrain yang berpunca dari kurang tidur
✔️perubahan tekanan darah dan pengambilan alkohol yang berlebihan.



Antara simptom atau tanda-tanda yang boleh  diperhatikan selain daripada berasa pening dan kepala berpusing-pusing, seseorang yang alami Vertigo mungkin juga akan alami simptom seperti:
1. Rasa mual dan rasa nak muntah
2. tubuh badan rasa berdebar-debar
3. badan rasa bergoyang
4. hilang pendengaran, telinga rasa berdengung
5. pandangan yang kabur
6. berpeluh-peluh walaupun anda dalam keadaan sedang berehat
7. gerakan mata yang tidak normal
8. nadi berdenyut dengan cepat


CARA MENGATASI VERTIGO


Jika terjadinya Vertigo, anda boleh cuba tips di bawah ya. Amalkan.. InshaAllah akan bantu untuk mengurangkan simptom Vertigo dan mencegah ianya dari berulang.

1. Elak daripada melakukan pergerakan secara drastik atau secara tiba-tiba.

2. Hadkan pengambilan jumlah garam kepada 2g sehari. Pengambilan garam berlebihan boleh mengganggu cara kerja bahagian dalam telinga yang boleh menggangu keseimbangan badan.

3. Elakkan pengambilan alkohol, kafein, nikotin dan semua makanan bergoreng

4. Jika berasa pening ,duduk di atas kerusi dengan kaki di atas lantai dan renung satu objek yang berada dalam posisi tetap selama beberapa minit

5. Amal suplemen yang mengandungi tinggi antioksidan seperti Vivix. Ia dapat membantu atasi simptom Vertigo dan cegahnya dari berulang. 

Vivix merupakan suplemen paling tinggi kandungan antioksidan dan bertindak meningkatkan taraf kesihatan keseluruhan hingga ke peringkat sel DNA.

Untuk mengetahui lebih jelas bagaimana vivix bantu masalah vertigo boleh klik DISINI.


Dah tahu apa itu vertigo dan cara mengatasinya, namun sekiranya masalah Vertigo ini kerap kali terjadi, anda sangatlah digalakkan untuk merujuk dengan pakar kesihatan ya.

Ini mungkin petanda masalah kesihatan anda memerlukan rawatan yang selanjutnya.


Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan produk,boleh terus hubungi kami di:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 
(klik untuk terus whatsapp saya) 

Add Fb : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya.

Like FB Page: MamaZiqry Shaklee Penang

Instagram : vitaminijo.my

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.

Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk atau ingin menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik JOIN NOW 

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi Saya, Saya sedia membantu😊


0 comments:

Post a Comment