Thursday, May 14, 2020

Tips Urus Bisnes Online di Rumah

Alhamdulillah..semakin ramai wanita menjalankan bisnes di rumah sambil menguruskan tanggungjawab sebagai isteri dan jugak ibu.


Menjalankan bisnes online di rumah dengan anak-anak yang sedang membesar amatlah mencabar.


Tapi itu bukan alasan, sebab banyak je contoh working at home mom (WAHM) yang dah berjaya dalam bisnes masing-masing dalam masa yang sama mampu untuk menguruskan rumah tangga dengan baik👏🏻

Mereka boleh..Kita jugak boleh💪🏻


Antara tips urus bisnes online di rumah yang boleh dipraktikkan ialah;

Solatlah di awal waktu. Ia sangat membantu bila mana kita akan rasa waktu tu menjadi lebih panjang dan diberkati. Jadi, banyak benda yang boleh kita lakukan.

Buat senarai jadual kerja harian atau 'list to do'. Nampak macam remeh, tapi ia sangat membantu kita dalam menguruskan perkara yang kita rancang untuk lakukan setiap hari. Dengan adanya senarai kerja harian, ia dapat mengelakkan kita daripada lupa membuat perkara yang penting. Dengan kata lain, kita boleh sentiasa 'on track' dengan apa yang telah kita rancangkan.

Teringat pesanan cikgu, nak jadi orang berjaya kena pandai urus masa, guna sebaik mungkin ruang masa yang ada dan korbankan waktu rehat yang sedikit itu demi menghabiskan tugasan harian.

Waktu bekerja saya adalah ketika anak masih belum bangun tidur, atau ketika mereka sedang leka bermain sesama sendiri atau, waktu anak-anak sedang tidur di siang hari.

Nak taknak wanita atau ibu yang bekerja di rumah memang kena pandai curi masa untuk aktiviti berbisnes sendiri.




Tapi, jangan lupa luangkan masa yang berkualiti dengan anak walaupun sekejap. Waktu tersebut wajib digunakan sebaiknya. Fokus dan bermain bersama anak-anak tidak akan membuatkan mereka rasa terabai inshaAllah.

Selebihnya, mohon doa kepada Allah moga segala urusan dengan niat ibu yang baik-baik itu dipermudahkan selalu.

Saya sendiri masih belajar. Mudah-mudahan dengan tips simple ni dapat membantu ibu untuk lebih bijak mengatur urusan bisnes di rumah dalam masa yang sama 'cemerlang' dalam menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.

Semoga kita semua sama-sama kuat dan tabah untuk mencapai impian masing-masing.

We are supermommies!!




Ada kenalan yang cari produk Shaklee boleh cari saya ya..Saya sedia membantu😊

Jemput follow IG @shaklee.sharifah

Add fb Sharifah Zawiyah

0 comments:

Post a Comment