Saturday, April 20, 2013

SALAM PERKENALAN

  No comments    
categories: 
Blog MamaZiqryVitaShoppe ini diwujudkan adalah untuk memeriahkan lagi dunia tanpa sempadan ini dengan memberi sedikit sebanyak maklumat kesihatan kepada ibu-ibu terutama yang masih menyusukan anak secara ekslusif.

Diharap blog ini dapat memberi sedikit panduan dan maklumat yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Sesungguhnya, saya amat berbangga dengan ibu-ibu yg masih dan berjaya menyusui anak masing-masing secara ekslusif sehingga 2 tahun atau lebih. Saya percaya semangat ibu-ibu yang kuat mendorong kejayaan anda. 

Saya merupakan seorang ibu kepada seorang putera yang diberi nama Muhamad Harith Ziqry. Alhamdulillah….saya juga masih menyusukan putera saya yang berusia hampir 9 bulan sekarang secara ekslusif. Walaupun sedikit pengorbanan terpaksa dilakukan, namun dengan harapan yang tinggi, saya amat berharap putera saya dapat membesar dengan sihat, cergas dan cerdas di depan mata saya sakaligus lebih merapatkan ikatan kasih sayang diantara ibu dan anak.

Insyallah saya akan berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai penyusuan ibu secara eklusif  dan juga tentang kesihatan, kehamilan, kecantikan mahuupun kekeluargaan. Semoga hasil penulisan dan perkongsian saya dalam blog ini nanti akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada saya dan anda semua.

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah

0 comments:

Post a Comment