Showing posts with label Coret-coret. Show all posts
Showing posts with label Coret-coret. Show all posts

Wednesday, May 06, 2020

Doa Power Langsai Hutang

  No comments    
categories: ,
Hutang! Kalau fikir memang boleh jadi murung durja. Kepala ligat fikir nak langsai hutang cepat-cepat.

Bila takde hutang, hati pun senang. Lepas tu dengan harapan duit tu boleh fokus tambahkan simpanan.


Jomlah kita amalkan selalu doa power langsai hutang ni.

Sunday, May 03, 2020

Roti Canai Homemade Rangup Diluar Lembut Didalam

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum.. santai hari ahad walaupun setiap hari pun rasa seperti hari ahad masa PKP ni🤭


Macam biasalah, masa puasa ni akan ada rasa teringin nak makan macam-macam. Disebabkan kuah gulai ikan saya yang sedap tu ada banyak lagi, mulalah idea untuk tambah kalori hidangan berbuka puasa hari ni nak buat roti canai homemade.

Sunday, April 19, 2020

Usaha Mama 'Nak Anak Cakap'

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..syukur rezeki saya hari ni berpeluang untuk menambah ilmu dengan team therapist yang saya kira agak popular di kalangan ibu bapa di Malaysia ni, especially yang mempunyai anak-anak  istimewa, yang lewat perkembangan atau masalah dalam perkembangan.


Anda ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, lewat perkembangan?

Friday, April 17, 2020

Ramadhan Tiba..Ramadhan Tiba

  No comments    
categories: 
Makin dekat bulan ramadhan..Makin kerap lagu ' ramadhan tiba.. ramadhan tiba...marhaban ya ramadhan...marhaban ya ramadhan..." terngiang-ngiang di telinga daku😊


Sunday, April 12, 2020

Resepi Mudah Kek Pandan Gebu

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum.

Dah hari ahad kita hari ni. Eh tapi dalam suasana perintah kawalan pergerakan (PKP) ni, saya rasa hari-hari pun serupa hari ahad😂


Jadi..santai di hujung minggu ni saya nak kongsi resepi mudah kek pandan gebu.

Thursday, April 09, 2020

Aktiviti Mudah Bantu Anak Menulis

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah masuk bulan April tahun 2020. Pada ketika saya menulis artikel ni, 1 Malaysia sedang menjayakan hari ke 23 perintah  kawalan pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian virus covid 19 yang menyerang satu dunia.

Namun begitu, kita sebagai ibu bapa khasnya harus bersyukur kerana inilah masa emas untuk kita manfaatkan sebaiknya bersama anak-anak tersayang. Penuhi aktiviti berfaedah yang membawa kenangan terindah walaupun dalam keadaan kerisauan satu dunia.



Just simple sharing!

Saturday, May 04, 2019

Rangsang Sensori Anak Dengan Messy Play

Dont underestimate messy play.

Messy play merupakan aktiviti yang melibatkan bahan-bahan yang membuatkan anak-anak comot.


Tuesday, August 14, 2018

Tips Berpantang: Badan Masuk Angin Jika Lambat Mengurut?

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ni dah selesai mengurut lepas bersalin hari yang ketiga, walaupun sebenarnya hari ni dah masuk hari berpantang ke 13😁



Tuesday, September 19, 2017

Rawatan Segera Sengatan Obor-Obor

Kena sengatan obor-obor atau jellyfish!

Fuhh, baruku tau sakit ya amat rupanya. Itu pun tengok pengalaman anak sendiri yang kena. Hati mak mana tak risau kan. Obor-obor yang nampak cantik dalam Tv tu, bersinar-sinar je. Tapi bila dah kena sengat, ya ampun ketaq tangan jugak nak hadap. huhu.



Sunday, March 05, 2017

Roti Celaru, Roti canai Sedap Baq Ang

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum.

Lama dah nak kongsi mengenai roti canai sedap, yang kena dengan selera saya ni. Masa mula-mula dapat tahu pasal roti ni daripada satu program jalan cari makan dalam tv. Oleh kerana saya ni peminat makanan sedap, tambahan pula dekat dengan kampung suami di Alor Setar. Jadi, senanglah jugak nak pergi rasa roti disitu.

Tuesday, November 08, 2016

Pandan Puding Roti dengan Sos Kastard

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi resepi pulak. Alkisahnya, semalam teringin nak makan yang manis-manis. Fikir punya fikir, buat puding roti je la. Bab makan punya pasal, gagah mama ziqry buat tau :D


Oleh kerana selalu kalau nak buat kena guna mr.gugel, jadi senangkan diri sendiri, hari ni nak share je kat sini resepi Pandan puding roti dengan sos kastard. Senang nak buat next time, rujuk blog sendiri je ;)

Wednesday, October 12, 2016

Pengedar Shaklee Farlim, Ayer Itam Pulau Pinang

Assalamualaikum..

Pengedar Shaklee Farlim, Ayer Itam Pulau Pinang. Itulah saya, mamaziqry Shaklee!! Cer google..cer google. Jumpa kan mamaziqry Shaklee.. ;)

Saturday, August 06, 2016

Singgah sebentar di Ladang Ternakan Kelulut Ori

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum.

Sejak viral dalam fb, dah lama teringin nak berhenti tengok tempat ni macam mana. Sebab lokasi ladang ternakan kelulut ori ni betul-betul tepi jalan laluan pergi balik kampung suami, tapi tak pernah singgah pun.


Jadi, balik beraya baru ni beriya la nak pergi jugak tempat cantik ni. Dah alang-alang jalan beraya..kikiki. comel je kedainya ;) Memang kedai ni ada jual produk madu kelulut. Ada juga jual hasil tempatan macam kerepek-kerepek dan kuih kering sikit-sikit...motif utama kami berhenti situ nak bergambar je. hihi..

Sunday, April 21, 2013

HADIRNYA SHAKLEE DALAM HIDUPKU

  No comments    
categories: 

Shaklee



saya mula mendengar nama Shaklee semasa saya mengandungkan putera saya apabila saya selalu mengikuti perkembangan sebuah laman maya yang banyak berkongsi maklumat tentang ibu hamil dan bersalin. Maklum la...pengalaman pertama menjadi seorang ibu. Namun, tidak terdetik pun di hati ini untuk mencuba produk Shaklee kerana banyak dengar perkhabaran tentang harga nya yang boleh tahan mahal.


Namun, apabila putera saya mencapai umur 5 bulan, tiba-tiba saya mengalami kemeruduman susu. Saya mula berikhtiar untuk buat ‘power pumping', tapi hanya membantu saya dalam masa 2 – 3 hari sahaja, mungkin teknik yang digunakan salah. Jadi, saya pun bercadang untuk mencuba ESP Soy Protein Isolate Powder daripada  Shaklee.  Alhamdulillah...penghasilan susu untuk putera saya kembali normal, malah lebih banyak dan pekat daripada sebelum nya.

Lagi pula, badan saya juga merasa lebih bertenaga, tidak cepat letih, dan berasa lebih ringan untuk melakukan kerja-kerja rumah. Bukan itu sahaja, bintik-bintik hitam yang timbul di bahagian leher semasa mengandung juga turut hilang sikit demi sedikit dan rasa sakit sengal-sengal pada luka jahitan akibat pembedahan semasa melahirkan putera saya turut kurang.

Yang menariknya…hormon saya juga kembali normal apabila genap sebulan saya mengamalkan ESP, darah haid turun seperti biasa. Ini menyebabkan saya berasa sangat teruja kerana selalu sangat dikhabarkan bahawa menjadi kebiasaan bagi ibu yang menyusukan anak akan mengalami gangguan kitaran haid. Semua ini menjadi satu Bonus untuk saya. 

Bermula pengambilan 1 canister ESP terus jatuh cinta..Betul kata sahabat saya, kalau dah cuba sekali akan nak, nak, dan nak lagi..Alhamdulillah…saya kini telah menjadi salah seorang Pengedar Sah Shaklee. Harapan saya semoga saya dapat berkongsi manfaat yang baik buat anda semua juga…

Kalau ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan mencuba produk Shaklee yang dijamin Halal dan Selamat ini, boleh la hubungi saya dan dapatkan produk Shaklee dengan Harga yang Istimewa ya... 

Add/pm fb: Sharifah Zawiyah
SMS: 013-4333652
Fanpage: MamaZiqry Vita Shoppe

Saturday, April 20, 2013

SALAM PERKENALAN

  No comments    
categories: 
Blog MamaZiqryVitaShoppe ini diwujudkan adalah untuk memeriahkan lagi dunia tanpa sempadan ini dengan memberi sedikit sebanyak maklumat kesihatan kepada ibu-ibu terutama yang masih menyusukan anak secara ekslusif.

Diharap blog ini dapat memberi sedikit panduan dan maklumat yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. Sesungguhnya, saya amat berbangga dengan ibu-ibu yg masih dan berjaya menyusui anak masing-masing secara ekslusif sehingga 2 tahun atau lebih. Saya percaya semangat ibu-ibu yang kuat mendorong kejayaan anda. 

Saya merupakan seorang ibu kepada seorang putera yang diberi nama Muhamad Harith Ziqry. Alhamdulillah….saya juga masih menyusukan putera saya yang berusia hampir 9 bulan sekarang secara ekslusif. Walaupun sedikit pengorbanan terpaksa dilakukan, namun dengan harapan yang tinggi, saya amat berharap putera saya dapat membesar dengan sihat, cergas dan cerdas di depan mata saya sakaligus lebih merapatkan ikatan kasih sayang diantara ibu dan anak.

Insyallah saya akan berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai penyusuan ibu secara eklusif  dan juga tentang kesihatan, kehamilan, kecantikan mahuupun kekeluargaan. Semoga hasil penulisan dan perkongsian saya dalam blog ini nanti akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada saya dan anda semua.

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah