Wednesday, May 06, 2020

Doa Power Langsai Hutang

  No comments    
categories: ,
Hutang! Kalau fikir memang boleh jadi murung durja. Kepala ligat fikir nak langsai hutang cepat-cepat.

Bila takde hutang, hati pun senang. Lepas tu dengan harapan duit tu boleh fokus tambahkan simpanan.


Jomlah kita amalkan selalu doa power langsai hutang ni.



DOA POWER LANGSAI HUTANG


Doa ini adalah untuk permudahkan masalah :

1) Bebanan hutang.
2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas.
3) Rasa sedih dan takut.
4) Tak ada keyakinan diri.
5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.
6) Minta lindung dari sifat-sifat yang buruk.



Doa ini sangat bagus diamalkan dengan dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Selepas solat subuh dan solat asar. Wallahualam.

KISAH WANITA DAN 40 JUTA


Di cerita kan oleh Ustaz Senyum (Ustaz Abdullah Amin), ada seorang wanita terlilit hutang sebanyak RM 40 juta.

Rm40 juta tau. Bukan Rm40 ribu, bukan rm400 😅

Dan suami atau keluarga semua tak nak tolong. Tinggal dia sorang-sorang je dengan hutang sebanyak tu.

Lalu dia teringat doa yang Nabi suruh amal kalau ada hutang setiap kali lepas solat.

Dan MasyaAllah memang Allah tolong dia lunas hutang sebanyak RM40 juta tu! Kisah ini adalah benar. Bukan rekaan. Wallahualam.

Kata ustaz ni doa dari Nabi sendiri. Bukan dari Ustaz ke apa.

Doa ni kan senjata kita umat Islam. Guna betul-betul. Amalkan dengan istiqamah jika memang niat kita nak bebas daripada segala hutang.

Hutang ni adalah amanah yang wajib kita lunaskan. Jom sama-sama amal doa power langsai hutang selepas solat.

 InshaAllah pasti Allah tunjukkan jalan bagaimana nak selesaikan amanah yang kita ada walaupun kita dah pening fikir dan langsung tak tahu cara nak langsai hutang/amanah tersebut.


Macamane besar pun masalah kita, kita ada Allah Yang Maha Besar, Maha Berkuasa.

Lebih besar daripada segala yang besar di langit dan dimuka bumi.

Semoga urusan kita semua dimudahkan dan mendapat bantuan dariNya. InshaAllah. Aamiin 🤲😊


Add Fb saya : Sharifah Zawiyah 

Follow instagram : sharifahzawiyah

0 comments:

Post a Comment