Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, May 08, 2020

Daging Masak Hitam Serius Sedap

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke16 Ramadhan. Esok dah hari nuzul al-quran.

Santai je hari ni nak kongsi daging Masak hitam serius sedap😋


Sunday, May 03, 2020

Roti Canai Homemade Rangup Diluar Lembut Didalam

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum.. santai hari ahad walaupun setiap hari pun rasa seperti hari ahad masa PKP ni🤭


Macam biasalah, masa puasa ni akan ada rasa teringin nak makan macam-macam. Disebabkan kuah gulai ikan saya yang sedap tu ada banyak lagi, mulalah idea untuk tambah kalori hidangan berbuka puasa hari ni nak buat roti canai homemade.

Sunday, April 12, 2020

Resepi Mudah Kek Pandan Gebu

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum.

Dah hari ahad kita hari ni. Eh tapi dalam suasana perintah kawalan pergerakan (PKP) ni, saya rasa hari-hari pun serupa hari ahad😂


Jadi..santai di hujung minggu ni saya nak kongsi resepi mudah kek pandan gebu.

Tuesday, November 08, 2016

Pandan Puding Roti dengan Sos Kastard

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi resepi pulak. Alkisahnya, semalam teringin nak makan yang manis-manis. Fikir punya fikir, buat puding roti je la. Bab makan punya pasal, gagah mama ziqry buat tau :D


Oleh kerana selalu kalau nak buat kena guna mr.gugel, jadi senangkan diri sendiri, hari ni nak share je kat sini resepi Pandan puding roti dengan sos kastard. Senang nak buat next time, rujuk blog sendiri je ;)

Saturday, November 05, 2016

Resepi ESP Banana Shake dengan taburan Chia Seeds

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum..

Hari ni rajin sikit, saya ada buat ESP Banana Shake dengan taburan Chia Seeds yang menggoda tau ;D Hidangan mudah dan Lazat untuk sarapan. Jadi, dah alang-alang ni bolehlah saya kongsi dengan semua Resepi ESP Banana Shake yang Lazat ni.


Resepi ni bukan je sedap dan lazat, malah sangat berkhasiat. Sesuai untuk semua termasuk yang sedang berdiet dan orang yang mengamalkan gaya hidup dan makanan yang sihat.

Individu yang sibuk pun sesuai, sebab nak buat ESP Banana Shake ni tak sampai 5 minit pun. Jimat masa, dan kenyang sampai tengahari.

Jom kita tengok cara penyediaan Resepi ESP Banana Shake dengan taburan Chia Seeds ni ya..

Bahan-bahan diperlukan ialah:

  • Satu gelas air (lebih kurang 250 ml). Boleh guna air sejuk dalam peti ais atau air masak ditambah dengan 1/2 cawan ais kiub
  • 1 biji Pisang jika saiz besar / 2 biji pisang jika saiz kecil
  • 1 sudu besar madu (pengganti gula)
  • 2 sudu besar oat
  • 2 sudu besar ESP
  • 1 sudu besar Chia Seeds

Cara-caranya:

  1. Kisar kesemua bahan kecuali Chia Seeds selama 1-2 minit.
  2. Masukkan kedalam bekas yang sesuai, dan taburkan Chia Seed di atas sebagai penyeri dan penggoda ;)
  3. Siap dan boleh dinikmati sebagai sarapan mudah dan lazat.

Jika dilihat resepi ESP Banana Shake dengan taburan Chia Seeds ni simple je.. bahan-bahan pun yang biasanya ada di rumah kita kan. Chia seeds ni cuma pilihan untuk anda, kalau takda tak mengapa. Kalau ada, boleh je taburkan untuk mendapat manfaat Chia Seeds ni.

Resepi ni mudah je kan! Kalau nak beri lebih rasa lemak dan sedap, boleh juga campurkan 150 ml susu rendah lemak sebelum blend ya. Minum ni sebagai sarapan In Shaa Allah kenyang sampai ke tengah hari. Lepas minum ESP, amalkan 3 sekawan vitamin untuk kekal cergas sepanjang hari. Takdelah lemau dan mengantuk je kan.

Oh ya, bagi anda yang tak tahu apa khasiat ESP, boleh klik DI SINI.

Bagi yang nak dapatkan ESP, jangan segan untuk hubungi saya ya.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Farlim, Ayer Itam, Pulau PinangPenghantaran produk Shaklee menggunakan kurier/Poslaju ke seluruh Malaysia. Untuk order produkdaftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

Call/Sms/WhatsApp: 013 – 433 3652
Emel: mamaziqryvitashoppe@gmail.com
Add FB : Sharifah Zawiyah
Follow FB Page: MamaZiqry Vita Shoppe
Daftar Keahlian Shaklee di 'Join Now' sekarang & Nikmati penjimatan sehingga 20%


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Tuesday, June 14, 2016

6 Resepi ESP Yang Best Ketika Bersahur

Assalamualaikum semua...

Salam Ramadhan. Tak terlambat rasanya saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan pada semua kan kan ;)

Pagi tadi rasa seronok dapat feedback positif bagi first time customers saya yang mencuba ESP Shaklee sebagai suplemen bulan puasa ni. Sangat-sangat berpuas hati katanya..Rasa badan lebih bertenaga walaupun beliau masih lagi menysusu dan pam susu untuk bayinya dalam bulan puasa ni.

Jadi..Perkongsian hari ini khas untuk peminat-peminat ESP tegar dan juga bakal peminat ESP yang ingin menjadikan ESP Shaklee sebagai hidangan sahur paling ringkas, mudah dan Best!! 6 Resepi ESP yang Best Ketika Bersahur...Wahh, saya pulak yang teruja. Maklumlah ESP Shaklee merupakan supplemen Shaklee pertama yang saya ambil dan terus tangkap cintan gitu.

Tuesday, May 17, 2016

Cinch Shake: Resepi Sarapan Lazat untuk Kurus

Assalamualaikum..selamat pagi semua.

Sarapan apa pagi ni ye..selalunya sarapan pilihan ramai mesti Nasi Lemak, Mee goreng, Bihun goreng, Roti Canai telur dan banyak lagi kan kan. Semua sedap-sedap belaka ye tak, tapi semua makanan tu tinggi kalori tau. Macam mana nak kurus kalau pagi-pagi kita dah mulakan dengan makanan yang sangat tinggi kalori. Itu belum masuk makan untuk tengahari, petang dan malam. huhuu..

Ok lah..jangan susah hati ye bagi yang nak kurus. Tak semestinya kalau kita tekad nak kurus, kita tak boleh makan langsung atau terpaksa makan makanan yang tak sedap. Banyak lagi pilihan yang ada, bukan sahaja boleh bantu pengurusan berat badan malah yang penting sedap lagi berkhasiat.