Aktiviti bermain membantu
perkembangan bayi dan kanak-kanak.
Untuk pengetahuan anda..bayi yang baru lahir
mampu melihat, mendengar serta mampu mengenal bau ibunya. Oleh itu, ibu dan
ayah boleh melakukan aktiviti bermain dengan si kecil mengikut kesesuaian dengan
usianya. Aktiviti bermain dengan si kecil ini boleh dilakukan oleh ibu dan ayah
sejak dari bayi lahir sehingga ke usia enam bulan. Anda pasti terkejut melihat
kemampuan bayi masing-masing memberi tindak balas.
Bayi Baru lahir
Perkembangan deria sentuh untuk bayi
yang baru lahir baru bermula. Oleh itu, bayi selalu ingin merasai kelembutan. Anda
boleh cuba sentuhkan anak patung beruang di tangannya supaya bayi anda akan
dapat merasai kelembutan.
Bayi umur Satu bulan
Bayi suka menendang dan membuat aksi
mengayuh pada ketika ini. Ibu dan ayah boleh memegang kakinya dan buat geralam
seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat gerakan itu anda boleh menyanyi
mengikut rentak kakinya. Dia akan berasa seronok dan secara tidak langsung ia
membantu perkembangan kemahiran motor kasar bayi.
Bayi umur Dua bulan
Pada usia ini, bayi akan bertindak
balas dengan bunyi bising dan mencari arah bunyian yang dihasilkan. Ibu dan
ayah boleh menggunakan barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising kerana ia akan
membuatkan bayi aktif untuk menggerakkan kaki dan tangannya. Cara ini sedikit
sebanyak membantu merangsang
perkembangan deria pendengarannya.
Bayi umur Tiga bulan
Pada usia ini, kebanyakan bayi sudah
mampu untuk menggerakkan tangan. Ibu dan ayah boleh menggantung objek yang
bergerak ke kiri dan kanan kerana ianya boleh membuatkan bayi teruja dan
berusaha untuk mencapainya. Namun, perlu dipastikan objek itu ringan. Alat
permainan ini membantu perkembangan koordinasi tangan dan mata kerana pergerakan
objek itu akan membuatkan tangan dan mata bayi bergerak ke kanan dan kiri. Dia
juga mula memberi fokus kepada objek tersebut.
Bayi umur Empat bulan
Sesuai dengan usianya, ibu dan ayah
boleh mula duduk bersamanya dan pegang buku yang berwarna-warni dan penuh
ilustrasi untuk menarik minat bayi anda. Warna-warna terang mampu menarik
minatnya untuk memberi fokus dan menyentuh buku tersebut. Pada masa in, kad
imbasan bergambar dan berwarna juga boleh digunakan. Ibu dan ayah digalakkan
untuk menyebut perkataan yang tertera pada kad kerana bayi belajar menyerap apa
yang didengari walaupun masih kecil. Ianya sekaligus akan membantu perkembangan
visual dan lisannya.
Bayi umur Lima bulan
Pada usia ini, bayi baru sahaja
mengenal beberapa perkataan. Ibu dan ayah mungkin boleh mencuba aktiviti
menyanyi untuk membuatkan bayi anda bertambah ceria. Baringkan bayi anda, dan anda
bertepuk tangan atau menggerakkan badan, bayi anda pasti merasa seronok..
Bayi umur Enam bulan
Ibu dan Ayah boleh melakukan aktiviti
memperkenalkan ahli keluarga menerusi album gambar keluarga. Cuba anda sebut
nama mereka satu persatu kerana cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang
dekat termasuk pengasuh, kawan atau jiran anda. Ini membantunya berasa selamat
apabila melihat wajah-wajah tersebut.
Sumber: Pa&Ma
0 comments:
Post a Comment