Showing posts with label Tips Si Manja. Show all posts
Showing posts with label Tips Si Manja. Show all posts

Sunday, April 19, 2020

Usaha Mama 'Nak Anak Cakap'

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..syukur rezeki saya hari ni berpeluang untuk menambah ilmu dengan team therapist yang saya kira agak popular di kalangan ibu bapa di Malaysia ni, especially yang mempunyai anak-anak  istimewa, yang lewat perkembangan atau masalah dalam perkembangan.


Anda ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, lewat perkembangan?

Thursday, April 09, 2020

Aktiviti Mudah Bantu Anak Menulis

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah masuk bulan April tahun 2020. Pada ketika saya menulis artikel ni, 1 Malaysia sedang menjayakan hari ke 23 perintah  kawalan pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian virus covid 19 yang menyerang satu dunia.

Namun begitu, kita sebagai ibu bapa khasnya harus bersyukur kerana inilah masa emas untuk kita manfaatkan sebaiknya bersama anak-anak tersayang. Penuhi aktiviti berfaedah yang membawa kenangan terindah walaupun dalam keadaan kerisauan satu dunia.



Just simple sharing!

Saturday, May 04, 2019

Rangsang Sensori Anak Dengan Messy Play

Dont underestimate messy play.

Messy play merupakan aktiviti yang melibatkan bahan-bahan yang membuatkan anak-anak comot.


Thursday, October 13, 2016

Omega untuk Anak Bijak dan Cerdas

Assalamualaikum..

Selalu kita dengar Omega bagus untuk otak kan. Kalau nak Bijak kena makan Omega! Ini termasuklah ibu hamil yang makan Omega akan membantu melahirkan bayi yang bijak dan cerdas. 



Saturday, January 24, 2015

Tips Cegah dan Rawat Masalah Ruam

Selamat hari sabtu semua..moga cuti2 ni anda semua boleh nikmati masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang ye. Hari ni dok scrol2 fesbuk, saya jumpa info ni pulak. So, hari ni seronok nak menulis info yang saya baca tadi iaitu tips cegah dan rawat masalah ruam pada bayi..

Thursday, December 04, 2014

Aktiviti Bermain Rangsang Si Manja Anda

  No comments    
categories: 
Menurut pakar, aktiviti bermain membantu rangsang perkembangan bayi dan kanak-kanak. Untuk pengetahuan anda..bayi yang baru lahir mampu melihat, mendengar serta mampu mengenal bau ibunya.

Tuesday, November 04, 2014

5 Perkara Lelaki Kena Ambil Tahu sebelum Menjadi Ayah!

  No comments    
categories: 
5 Perkara Lelaki Kena Ambil Tahu sebelum Menjadi Ayah!

1. Biasakan Berjaga Malam
-------------------------------
Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan hanya mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhanmu
wahai sang suami untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baru dilahirkan.


2. Kejutan Kasih Sayang
------------------------------
Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri anda yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil
peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda sebagai sang suami yang mithali boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang ;)



3. Ringan Tulang
---------------------
Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Apa kata kali ini, anda harus
beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.

4. Sedia untuk Kotorkan Diri
---------------------------------
Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa kan. Boleh praktikkan ya!

5. Dapatkan Petua Orang Tua
-----------------------------------
Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.

Saturday, May 18, 2013

Nak kulit bayi anda bebas cela??

  No comments    
categories: 
Semua ibu ayah mahukan kulit bayi mereka sentiasa bersih dan sihat kan..bayangkan la betapa seronoknya kita membelai kulit bayi yang halus dan lembut. Tapi Bagaimana hendak mendapatkan / mengekalkan kulit bayi agar bebas daripada cela? Mungkin tip berikut boleh dijadikan panduan untuk
menjaga kulit bayi sihat dan bersih..Jom baca

Sunday, April 28, 2013

Aktiviti Bermain Rangsang Si Manja Anda

  No comments    
categories: 


Aktiviti bermain membantu perkembangan bayi dan kanak-kanak.