Showing posts with label Tips Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kehamilan. Show all posts

Tuesday, April 14, 2020

Coq10 Power untuk Kesuburan

Assalamualaikum

Rasanya ada produk Shaklee yang hebat saya belum pernah kongsi dengan anda semua. Bila dah study manfaat dan keistimewaannya produk ni, terus rasa teruja untuk cuba dalam masa terdekat ni☺

Produk tu ialah CoQ Trol Plus.



Tuesday, April 24, 2018

Bahaya Kencing Kotor Semasa Hamil

Pernah dengar masalah kencing kotor semasa hamil?

Kencing kotor adalah istilah umum untuk menunjukkan bahawa air kencing tidak normal. Ianya kemungkinan air kencing itu terdapat kesan-kesan jangkitan di 'urinary tract' yang biasa terjadi kepada perempuan terutama bila perempuan tersebut mengandung. 




Air kencing kotor boleh juga menunjukkan bahawa kandungan air kencing terdapat bahan-bahan mineral lain yang tidak sepatutnya ada pada air kencing yang biasa. Antaranya adalah komposisi albumin,keton,urobilinogen yang menunjukan tanda-tanda awal fungsi ginjal dan hati tak berfungsi dengan baik. 

Kencing kotor juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah yang serius seperti praeklampsia

Sunday, April 22, 2018

Ibu Hamil dan Thalassemia

Seringkali kita dengar ibu hamil dan masalah hB rendah kan. Seolah-olah tidak dapat dipisahkan je. Hb rendah sememangnya sangat tidak bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Namun dengan pengambilan Vitalea untuk masalah hB rendah (seperti yang saya kongsikan sebelum ni ) secara konsisten iaitu multivitamin yang kaya dengan zat besi ini sangat membantu menaikkan semula hB ibu hamil semula.


Bagi ibu hamil yang mengalami masalah hB rendah, jika anda disahkan sebagai pembawa atau  penghidap thalassemia (selepas ujian saringan dilakukan), sila berhati-hati dengan pengambilan zat besi (iron). Masalah hB rendah yang normal adalah disebabkan kekurangan zat besi dalam darah, namun ianya adalah berbeza jika anda penghidap thalassemia.

Friday, April 20, 2018

Bila Waktu Sesuai Buka Buku Merah?

Saya mengandung! Bila waktu sesuai buka buku merah ye?

Wahh, mesti teruja kan pertama kali nak pergi pemeriksaan kandungan di klinik. Nak buka buku merah ni ada tempoh masanya. Seingat saya kira-kira usia kandungan 6 minggu dah boleh buka buku dan selewat lewatnya sebelum 12 minggu bagi memudahkan jururawat dan doktor scan kandungan dan menentukan tarikh bersalin (due date).

Thursday, November 02, 2017

Tips Mengurangkan Sakit Belakang Ibu Hamil

Ibu hamil sering mengalami masalah sakit belakang terutamanya bila mula masuk trimester yang kedua. Maklumlah dari sehari ke sehari bayi dalam perut ibu tu semakin membesar kan. Ibu hamil terpaksa menampung berat badan yang semakin bertambah.

Ada ke cara untuk mengurangkan sakit belakang ibu hamil ni?


Wednesday, September 13, 2017

7 Checklist Sebelum Rancang untuk Hamil

Perancangan untuk hamil seharusnya dibuat 3 bulan sebelumnya. Pernah dengar tak?

Saya percaya ada pasangan yang masih belum atau tidak ambil peduli penyataan di atas. Ianya sangat penting tau. Ini kerana sekiranya anda tidak tahu tentang kehamilan anda dan masih melakukan perkara-perkara yang dilarang, ianya boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan.



Oleh itu, saya sediakan 7 checklist sebelum rancang untuk hamil yang perlu dan penting untuk anda tahu ;)

Tuesday, August 15, 2017

Cara Mudah Elak Berat Naik Mendadak Semasa Hamil

Tak boleh dinafikan masa hamil ni memang teringin macam-macam makanan. Boleh kata mustahil nak tolak makanan terutamanya yang dah ada di depan mata kan. Itu belum masuk senarai makanan dalam kepala yang teringin nak makan. hehe.



Namun sebenarnya penting jika ibu hamil dapat menjaga diet pemakanan prenatal anda ye. Ini kerana mengikut kajian, sejak beberapa tahun yang lepas telah membuktikan ramai ibu hamil mendapat lebih berat semasa hamil daripada yang sepatutnya.

Jadi, jom ketahui beberapa cara mudah elak berat naik mendadak semasa hamil ya.

Saturday, July 08, 2017

Tips Legakan Loya dan Alahan semasa Hamil


50% ibu hamil dikatakan akan mengalami loya dan alahan di awal kehamilan. Ada ibu hamil yang mengalami alahan sehingga 3 ke 4 bulan pertama, ada juga yang merasai alahan teruk sehingga bersalin. Ini disebabkan oleh kehadiran hormon HCG yang dikeluarkan lebih banyak pada awal kehamilan.

Monday, May 08, 2017

Kesan Kaffein terhadap Kesuburan

Assalamualaikum semua.
Hujan petang ni, sedap pula kalau menikmati nescafe atau kopi panas kan. 


Tapi kan, bagi pasangan yang sedang merancang untuk hamil tu, lebih baiklah kurangkan ya. Terutamanya jika anda memang penggemar minuman berkaffein dan wajib minum lebih 2 cawan kaffein sehari. 

Orang kata nak dapatkan sesuatu, kenalah korbankan sesuatu kan ;) Jadi, jom ambil tahu kesan kaffein terhadap terhadap kesuburan.

Sunday, April 23, 2017

4 Tips Hamil Anak Perempuan

Teringat zaman sekolah menengah dulu, ada cikgu sains ni pernah je terangkan bahawa jantina anak yag dilahirkan bukan ditentukan oleh wanita, tetapi lelaki. Sebabnya, lelaki yang membawa kromosom yang berlainan iaitu X dan Y. Manakala, wanita hanya mempunyai kromosom X sahaja. 

Jadi, tak boleh salahkan wanita jika anda dapat anak lelaki berderet datau anak perempuan berderet ya ;)


4 tips hamil anak perempuan


Saturday, April 22, 2017

Vitamin E untuk Kesuburan Suami dan Isteri

Vitamin E untuk kulit cantik. Ramai dah tahu ni. Ada ke yang tau Vitamin E jugak dikenali vitamin Cinta tau. Kalau ada pasangan yang dingin muram suram tu, silalah masukkan Vitamin E Shaklee dalam senarai vitamin harian anda untuk meningkatkan keintiman suami isteri ya ;)


Hari ni nak kongsi dengan semua terutananya bagi pasangan yang sedang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat sendiri tentang manfaat Vitamin E penting untuk kesuburan Suami dan Isteri.

9 Penyebab Wanita Sukar Hamil

Banyak perkara yang menyebabkan wanita sukar hamil. Andaikata sudah melebihi setahun anda dan pasangan mencuba untuk mendapatkan zuriat sendiri. Lebih baik dapatkan konsultasi doktor untuk mengetahui punca sebenar sukar hamil sama ada daripada pihak suami mahupun isteri yang memerlukan bantuan.


Thursday, April 20, 2017

Tips Mudah Nak Cepat Hamil

"Dah lama kahwin, ingat dah betul betul 'buat' dah. Rupanya salah timing la pulak. Rugi je masa."


Perkara macam ni selalunya jadi kepada pasangan muda atau mereka yang kurang arif dengan ilmu kehamilan. Nak mengandung ni kena la ikut tips yang betul. Bukan boleh bersama bila-bila masa saja tau.

Sunday, February 19, 2017

Keperluan Asid Folik Sebelum dan Semasa Hamil

Assalamualaikum..

Tahu tak? ASID FOLIK bukan je perlu diambil semasa hamil, malah bakal ibu yang berhasrat nak hamil pun dah kena ambil asid folik tau.


Biasanya, ramai wanita yang tak menyedari dirinya hamil masa 4 minggu pertama kehamilan. Dan, wanita yang mula ambil asid folik selepas disahkan hamil oleh Doktor bukanlah cara yang betul sebenarnya.

Monday, October 10, 2016

Pra-Eklampsia : Awasi Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Assalamualaikum..

Tekanan darah tinggi (hipertensi) merupakan salah satu masalah kesihatan yang biasa berlaku pada ibu hamil. Faktor genetik mungkin menyebabkan sesetengah ibu hamil mengalami masalah ini. Namun, faktor persekitaran dan gaya hidup juga turut mempengaruhi perkembangan kesihatan ibu hamil.


Jadi, setiap wanita perlulah memilih sihat ketika hamil bagi mengurangkan risiko terjadinya masalah tekanan darah tinggi semasa hamil.

Friday, August 19, 2016

Potensi Hamil Selepas Keguguran

Assalamualaikum semua..

Seorang wanita yang mengalami keguguran tidak bermakna mereka tidak berpeluang untuk hamil secara normal di masa hadapan. 


Keguguran bukanlah punca kemandulan kecuali pesakit tersebut mempunyai penyakit radang pelvis (pelvic inflammatory disease) atau jangkitan lain akibat komplikasi dari keguguran tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya kerosakan atau tiub fallopio tersumbat dan akan memberikan masalah untuk hamil secara normal. 

Mengalami keguguran memang suatu episod duka dalam hidup seorang ibu. Namun, jangan bersedih ya. Anda masih boleh berusaha untuk meningkatkan potensi hamil selepas keguguran.

Thursday, August 11, 2016

Bahaya sembelit Semasa Mengandung


Assalamualaikum semua..

Semasa mengandung, hampir kesemua wanita mengadu mempunyai masalah sembelit terutamanya di hujung-hujung kehamilan. Ini memang biasa berlaku.

Namun, tahu tak Bahaya sembelit semasa mengandung ni sebenarnya. Ada orang kata kalau silap teran, boleh membahayakan diri dan bayi tau, terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah rahim lemah.


Jika kerap berlaku mungkin juga boleh menyebabkan pendarahan atau buasir yang boleh menyebabkan ketidakselesaan. Masalah buasir harus dirawat segera bagi mengelakkan ia menjadi lebih besar apabila meneran ketika proses melahirkan anak.

Tuesday, August 09, 2016

Cara Mudah Tentukan Waktu Subur Wanita

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share info yang saya rasa agak penting bagi pasangan suami isteri yang berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri terutamanya kepada isteri-isteri di luar sana.

Waktu subur seseorang wanita biasanya berlaku pada hari ke 14 daripada hari pertama keluar darah haid. Namun cara ini agak sukar untuk ditentukan sekiranya wanita tersebut mengalami masalah haid yang tidak teratur.


Nak tahu cara mudah tentukan waktu subur wanita?

Monday, June 13, 2016

9 Perubahan Ibu Semasa Hamil

Assalamualaikum semua...

Setiap seorang ibu mempunyai perjalanan proses kehamilan yang berbeza-beza. Yang pasti, sama ada pengalaman pahit atau manis, ianya akan tetap menjadi memori terindah sepanjang hayat buat ibu.


Dalam proses kehamilan, biasanya banyak perubahan semasa hamil yang berlaku pada ibu-ibu. Dari awal kehamilan hinggalah tiba waktu bersalin. Pengalaman sendiri, ada la beberapa perubahan tersebut terjadi semasa proses kehamilan saya. Jom tengok apa dia 9 perubahan ibu semasa Hamil...

Thursday, June 09, 2016

Obesiti Punca Wanita Sukar Hamil

Assalamualaikum semua..

Berat badan berlebihan atau Obesiti Punca Wanita Sukar Hamil...Betul ke?


Obesiti terjadi bila mana seseorang individu itu mempunyai berat badan lebih 30% daripada berat badan ideal. Selalunya terjadi kepada mereka yang kurang gemar melakukan aktiviti seperti bersukan, tidak menjaga amalan pemakanan yang sihat serta mungkin menghadapi masalah kesihatan.