Tuesday, April 24, 2018

Bahaya Kencing Kotor Semasa Hamil

Pernah dengar masalah kencing kotor semasa hamil?

Kencing kotor adalah istilah umum untuk menunjukkan bahawa air kencing tidak normal. Ianya kemungkinan air kencing itu terdapat kesan-kesan jangkitan di 'urinary tract' yang biasa terjadi kepada perempuan terutama bila perempuan tersebut mengandung. 




Air kencing kotor boleh juga menunjukkan bahawa kandungan air kencing terdapat bahan-bahan mineral lain yang tidak sepatutnya ada pada air kencing yang biasa. Antaranya adalah komposisi albumin,keton,urobilinogen yang menunjukan tanda-tanda awal fungsi ginjal dan hati tak berfungsi dengan baik. 

Kencing kotor juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah yang serius seperti praeklampsia



Kalau kencing kotor berterusan, banyak lagi masalah yang boleh terjadi. Biasanya wanita lebih mudah dapat kencing kotor berbanding lelaki sebab salur kencing wanita lebih pendek. Wanita hamil lebih mudah dapat kencing kotor berbanding dengan wanita yang tidak hamil.

Tanda-tanda Kencing Kotor


  1. kerap kencing
  2. terasa pedih atau panas bila kencing
  3. tidak dapat menahan kencing
  4. kencing sedikit-sedikit
  5. sakit bahagian ari-ari bila bersama suami
  6. kencing keruh/berdarah/berbau


Faktor yang menyebabkan masalah kencing kotor semasa hamil


  1. Kurang kebersihan pada bahagian perineum iaitu bahagian anus (dubur) dekat dengan salur kencing wanita
  2.  Hormon wanita ketika hamil lebih berasid dan lebih gula berbanding wanita biasa. Jadi, kuman lebih mudah untuk membiak
  3. Bila rahim semakin membesar,ia akan menekan otot salur kencing dan pundi kencing lemah menyebabkan pergerakan serta pengaliran air kencing menjadi tersekat dan lambat.
  4.  Bila tersekat, kuman di pundi kencing mudah membiak.

Faktor di atas menyebabkan wanita hamil berisiko mendapat komplikasi jangkitan buah pinggang atau pyelonephritis. Ini adalah komplikasi yang serius semasa hamil dan boleh menyebabkan kematian.

Bukan setakat ibu sahaja yang ada risiko, malah anak dalam kandungan juga bahaya. Anak dalam kandungan boleh lahir awal atau kelahiran pra matang.

Cara Mencegah Masalah Kencing Kotor


1. Ibu perlu minum air masak dengan banyak sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari, sehingga air kencing menjadi jernih.


2. Kurangkan pengambilan makanan atau minum minuman yang manis dan berkafein

3. Kalau pakai pantyliner tukar dengan kerap jika basah atau kotor

4. Jangan tahan kencing. Terus buang air kencing jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing akan menggalakan pembiakan bakteria dalam pundi kencing.


5. Pakai seluar dalam daripada sumber kapas dan elak pakai seluar dalam yang ketat

6. Untuk mengelakkan jangkitan, anda dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas bersama suami.
 
7. Amal pengambilan Vitamin C yang mencukupi sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman, terutamanya jika anda yang cenderung terkena jangkitan seperti demam.

Buat Pemeriksaan Lanjut

Cara yang terbaik untuk mengesahkan anda mendapat jangkitan kotor atau tidak, lakukan pemeriksaan air kencing di makmal.

Sebelum kencing, bersih kan kawasan perineum lepas tu baru kencing. Pastikan air kencing yang pertengahan di ambil. bukan awal bukan juga akhir sebab ia akan mempengaruhi bacaan nanti.

Kalau ada masalah kecing kotor, doktor mungkin akan buat rawatan susulan samada puan perlu makan antibiotik atau tidak. Walaupun kencing kotor biasanya boleh diatasi dengan antibiotik atau rawatan di rumah, namun ia boleh menjadi teruk sekiranya anda tidak segera mengambil tindakan.

Beringat ya bahaya kencing kotor semasa hamil. Moga info ni bermanfaat buat anda.

Buat ibu hamil, Set Mengandung Shaklee memenuhi keperluan nutrisi yang ibu dan bayi perlukan.



Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi, boleh terus hubungi saya:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 

Add Fb saya : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.

Klik Like & Follow FB Page saya : MamaZiqry Shaklee Penang


Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI
COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam, Bukit Bendera, Jelutong, USM, Georgetown, Bayan Baru) dan Pos Laju seluruh Malaysia



Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment