Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, May 03, 2021

Istiqamah Kunci KEJAYAAN Hidup

  No comments    
categories: ,

Salam 21 ramadhan, 2021. Sharing sikit bacaan pagi ni☺️


Istiqamah kunci KEJAYAAN hidup


Istiqamah, konsisten dalam tindakan berdasarkan satu panduan.

Berkata Para ulama' istiqamah bermaksud sentiasa mengikut ketaatan kepada Allah swt, yang diberikan penekanan oleh Al-Quran dan Hadis.

Tips untuk kekal istiqamah:

💚Niat yang ikhlas kerana Allah

💚Doa kepada Allah agar diberi kekuatan

💚Cari kawan yang suka buat kebaikan

💚Baca sirah Nabi dan Para sahabat

💚Mulakan secara bertahap


Rasulullah s.a.w memberi peringatan dalam sebuah hadis, bahawa kita jangan menganggap amalan yang kita lakukan itulah semata-mata yang dapat menjamin kebahagian di akhirat.

Hakikatnya, semua kebaikan yang kita lakukan adalah kerana rahmat dan kurniaan Allah swt.

Iman kita, amalan kita, istiqamahnya kita, semuanya di atas rahmat dan limpah kurniaan Allah swt.

Oleh itu, syukurlah.. Kenanglah kurniaan Allah swt. Beriman lah dengan penuh rasa kasih dan rasa terhutang budi padaNya kerana telah memberi kita dorongan ke arah iman dan amalan.

Berterima kasih lah padaNya dengan menambah lagi keimanan, perteguhkan lagi amalan. Itulah istiqamah, itulah nikmat kurniaan Allah swt.

Thursday, May 07, 2020

Kepentingan Selawat Ke atas Nabi Muhammad s.a.w

  No comments    
categories: 
Selawat ke atas Nabi Muhammad amat ditekankan dalam kehidupan seharian.


Kenapa? Apa kepentingan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w ?

Wednesday, May 06, 2020

Doa Power Langsai Hutang

  No comments    
categories: ,
Hutang! Kalau fikir memang boleh jadi murung durja. Kepala ligat fikir nak langsai hutang cepat-cepat.

Bila takde hutang, hati pun senang. Lepas tu dengan harapan duit tu boleh fokus tambahkan simpanan.


Jomlah kita amalkan selalu doa power langsai hutang ni.

Thursday, April 23, 2020

Marhaban Ya Ramadhan

  No comments    
categories: 
Alhamdulillah..Allah beri peluang untuk kita bertemu dengan bulan ramadhan.

"Marhaban Ya Ramadhan"

Monday, April 22, 2019

Boleh ke Puasa Selepas Nisfu Syaaban?

  No comments    
categories: 
"Eh Sha, Hari ni 16 syaaban u nak puasa sunat kan. Tak boleh puasa sunat Selepas 15 syaaban la sha"

"🤔 Betul ke? Bukan ke kita digalakkan berpuasa sebagai persiapan menghadapi Ramadan tidak lama lagi.....” 





Boleh ke Puasa Selepas Nisfu Syaaban?

Friday, April 21, 2017

Bacaan Terbaik Hari Jumaat

  No comments    
categories: 


Membaca surah yassin pada malam Jumaat dah jadi rutin masyarakat Melayu Islam. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa surah Al-Kahfi mempunyai banyak maanfaat atau fadhilat yang sangat baik dikhususkan untuk bacaan pada Hari Jumaat iaitu bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat.. 

Saturday, March 04, 2017

Kelebihan Surah Al-Mulk

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum.

Cikgu saya ada pesan, jadikan amalan setiap malam untuk baca surah al-waqiah dan surah al-Mulk. Surah-surah ni ada khasiat tersendiri katanya.

Al Mulk yang bererti ‘Kerajaan’. Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 


Monday, October 10, 2016

Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram

  No comments    
categories: 
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

Assalamualaikum..

Salam 9 Muharram. Ada yang berpuasa hari ni? ;)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Friday, August 26, 2016

Rezeki Sebuku Roti

  No comments    
categories: ,
Motivasi Hari Jumaat..

Rezeki Sebuku Roti


Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah swt tetapi hatinya ada sedikit terganggu bila difikirkan dan kerisauan akan rezekinya. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja...









Friday, August 12, 2016

Pesan Mak!! Jagalah Solat Kamu..

  No comments    
categories: 
Teringat pesan mak ayah.. kalau mak dengan ayah dah tiada nanti..selepas pengebumian, jangan balik lagi..tunggu la 10-15 minit kerana masa itu malaikat akan datang..jika masih ada anak nya di atas kubur. malaikat itu akan tanya kepada arwah dengan nada yang rendah..



Thursday, August 11, 2016

Meraih kasih Allah - Doa yang membuka pintu langit.

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum..

Meraih kasih Allah - Doa yang membuka pintu langit. Ada doa yang mampu membuka pintu-pintu yang ada di langit. Bacaan doa ini begitu mudah dihafal serta sering dilafazkan ketika menunaikan solat. Allah swt membuka  pintu-pintu langit tersebut seakan tiada jarak antara langit dan bumi, agar doa permohonan makin mudah dan  segera sampai kepada-Nya.


Wednesday, July 27, 2016

Doa Memudahkan Urusan

  No comments    
categories: 
'Bismillah...' satu doa yang patut dibaca ketika hendak memulakan kerja yang bermaksud, "Dengan nama Allah" iaitu kalimah yang paaaling mudah, semoga apa yang hendak dikerjakan itu diberkati-Nya kerana kita berbuat sesuatu atas nama Allah.

Bacalah 'Bismillah' dalam setiap apa saja yang kita lakukan pastinya bila mana kita melakukan pekerjaan yang baik-baik sahaja ya.

Untuk perkongsian, saya kongsi satu doa memudahkan urusan.

Sunday, June 05, 2016

Cara Solat Sunat Tarawih Sendirian Di Rumah

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum semua..

Dah bersedia menyambut kedatangan bulan ramadhan? Semoga kedatangan ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan buat kita. Hari ini rasa senang hati untuk saya berkongsi sedikit panduan cara solat sunat tarawih sendirian di rumah.


Bagi anda yang tidak mampu berjemaah di masjid, bolehlah kita usaha melakukan solat sunat tarawih sendirian di rumah, terutama anak gadis yang tidak berteman, orang yang sakit, dan  ibu-ibu yang ada anak kecil seperti saya. Moga ianya bermanfaat.

Friday, June 03, 2016

Magnet Rezeki

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum semua..

Bukan senang nak jadi senang. Nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya. Kerana tarikan aura positif daripada orang yang berjaya sedikit sebanyak mempengaruhi niat anda untuk menjadi seorang yang berjaya.


Kejayaan pertama mungkin adalah yang paling sukar. Tetapi, ketahuilah sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet!

3 cara mudah menjadi Magnet rezeki:

Thursday, April 09, 2015

Rahsia Surah At-Taubah Ayat 128 - 129

  No comments    
categories: 
Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya satu hingga dua muka surat sehari.

Hari ni nak share sedikit kelebihan membaca dua ayat daripada Surah At-Taubah, iaitu ayat 128-129.



Amalkan membaca dua ayat ini sebanyak 7 kali setiap selesai solat fardhu, dengan Izin Allah,
  1. Segala KELEMAHAN anda BERTUKAR kepada KEKUATAN.
  2. KEHINAAN berganti kepada KEMULIAAN.
  3. Segala HUTANGnya dapat diJELASkan.
  4. TerHINDAR daripada DUKACITA.
  5. MeLIMPAH-LIMPAH REZEKI datang kepadanya.

Wallahua'lam

Sumber: Page Anugerah

Sunday, April 21, 2013

Doa Amalan Ketika Ibu Hamil

  No comments    
categories: ,

Ada ibu yang hamil tak kat sini..??

Ibu-ibu sekalian..Marilah kita sama-sama mengamalkan doa dan surah-surah dalam Al-quran ini ya.