Wednesday, July 27, 2016

Doa Memudahkan Urusan

  No comments    
categories: 
'Bismillah...' satu doa yang patut dibaca ketika hendak memulakan kerja yang bermaksud, "Dengan nama Allah" iaitu kalimah yang paaaling mudah, semoga apa yang hendak dikerjakan itu diberkati-Nya kerana kita berbuat sesuatu atas nama Allah.

Bacalah 'Bismillah' dalam setiap apa saja yang kita lakukan pastinya bila mana kita melakukan pekerjaan yang baik-baik sahaja ya.

Untuk perkongsian, saya kongsi satu doa memudahkan urusan.


Dalam urusan kita seharian, apa jua yang kita lakukan(baik-baik sahaja) boleh memohon diberi kemudahan dan mengharapkan urusan kita berjalan dengan lancar. Doa ni sering dibaca bila hendak berurusan dengan orang, Bahkan bila mencari parking kereta pun saya membacanya tau.

Alhamdulillah, memang mudah ;)

Yang penting kena istiqamah dan tawakkal kepada Allah. In Shaa Allah, urusan kita akan dipermudahkan.

  
 "Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"
"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan". 

Bacaan penuhnya ialah : "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."



Ringkas je kan doa ini..Selamat beramal ya,. Moga beroleh manfaat dan dipermudahkan segala urusan kita semua.


Salam Sayang,
Sharifah Zawiyah

0 comments:

Post a Comment