Monday, August 01, 2016

Sakit Buah Pinggang Kronik

Assalamualaikum semua..

Hari ini nak berkongsi sedikit info yang agak serius. 

Bila mana ada antara saudara terdekat kita mendapat berita sakit buah pinggang kronik, penting untuk kita lebih tahu bahawa sekali buah pinggang rosak, ia akan terus merosak dan boleh turut menyebabkan pelbagai komplikasi lain yang akan membuatkan tahap kesihatan menjadi lebih teruk.

Jadi, sangatlah penting untuk kita mengambil tindakan yang lebih cepat untuk mengawal atau mengurangkan risiko komplikasi yang mungkin boleh terjadi.


KOMPLIKASI SAKIT BUAH PINGGANG
  • Masalah jantung dan salur darah
  • Anemia (kurang sel darah merah)
  • Masalah tulang
  • Tekanan darah tinggi
  • Kekurangan nutrisi

Cuba tangani sakit buah pinggang sebaik-baiknya. Ambil tahu apa yang boleh kita lakukan untuk elakkan sakit buah pinggang menjadi semakin kronik dan cari alternatif/ pilihan rawatan yang ada untuk mengawal sakit buah pinggang atau mengurangkan risiko komplikasi yang mungkin boleh terjadi kepadea pesakit


SAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

Chronic kidney disease (CKD) atau sakit buah pinggang kronik terjadi apabila buah pinggang telah rosak. Kerosakan buah pinggang boleh terjadi akibat daripada kecederaan fizikal atau penyakit seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Bila buah pinggang rosak, ia dah tak mampu untuk menjalankan fungsinya dengan baik. Antara fungsi penting buah pinggang termasuklah:
  • Menapis darah
  • Memastikan keseimbangan cecair dalam badan
  • Mengawal selia hormon
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Menjaga kesihatan tulang
  • Membantu menghasilkan sel darah merah

5 TAHAP SAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

Tahap 1 dan 2:
Paling Mild. Pada tahap awal macam ni, buah pinggang dah pun rosak dan tak mampu berfungsi dengan baik.

Tahap ke-3:
Lebih kurang separuh daripada fungsi buah pinggang telah hilang dan boleh menyebabkan timbulnya masalah lain seperti tekanan darah tinggi dan masalah tulang. Penting untuk tahu rawatan untuk masalah-masalah ini bagi membantu untuk memperlahankan kehilangan fungsi buah pinggang.

Tahap 4:
Kerosakan buah pinggang sudah parah bila berada pada tahap ini. Penting untuk pesakit ikut jadual rawatan dengan betul dan cuba kawal masalah lain seperti tekanan darah tinggi atau penyakit jantung dengan baik bagi membantu memperlahankan kehilangan fungsi buah pinggang dengan cepat.

Tahap 5:
Buah pinggang telah gagal bila berada pada tahap ini. Hanya pemindahan buah pinggang atau dialisis perlu dilakukan untuk pesakit buah pinggang meneruskan hidup.


RAWATAN UNTUK KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Terdapat 2 jenis rawatan untuk kegagalan buah pinggang iaitu pemindahan buah pinggang dan dialisis. 2 jenis dialisis boleh dilakukan – hemodialysis dan pertoneal dialisys.

Pemindahan Buah Pinggang

Pembedahan perlu dilakukan untuk menggantikan buah pinggang yang telah rosak dengan buah pinggang baru. 

Buah pinggang yang baru tu boleh datang daripada mana-mana penderma organ tak kiralah mereka yang telah mati atau masih hidup.

Pemindahan buah pinggang merupakan rawatan, dan bukannya penawar. 

Penerima buah pinggang baru masih dikira menghidap sakit buah pinggang dan anda mungkin masih perlu mengambil ubat-ubatan yang diambil sebelum pemindahan buah pinggang dilakukan.

Hemodialisis

Hemodialisis ialah rawatan untuk menyingkirkan bahan buangan dan lebihan cecair dalam darah dimana rawatan ini boleh dilakukan samada di rumah mahupun di pusat dialisis. 

Apa yang terjadi semasa rawatan adalah darah akan dipam melalui tiub ke mesin dialisis dan akan melalui penapis khas yang dipanggil sebagai dialyzer (atau dikenali juga sebagai buah pinggang palsu).

Darah akan masuk semula ke dalam salur darah dalam badan selepas ditapis. Cuma ada sedikit darah yang akan keluar daripada badan pada satu-satu masa. 

Masa 3-5jam diperlukan jika melakukan rawatan di pusat dialisis mengambil masa 3 – 5 jam, 3 kali seminggu manakala waktu rawatan akan lebih fleksibel jika dilakukan di rumah.


Peritoneal Dialysis

Pertoneal dialysis ialah rawatan dialisis setiap hari, boleh dilakukan dimana-mana samada di rumah, di tempat kerja atau walau masa tidur. 

Ada beberapa proses yang perlu dilalui seperti pembedahan kecil untuk meletakkan catheter dalam abdomen (perut).

Dengan peritoneal dialysis, proses mencuci darah berlaku dalam badan, bukan diluar seperti hemodialisis. Peritoneum (lapisan dalam abdomen) akan bertindak sebagai penapis semulajadi. 

Semasa rawatan, larutan pencuci yang dipanggil dialysate, mengalir masuk ke dalam abdomen melalui tiub PD catheter. Bahan buangan dan lebihan cecair akan melalui darah ke larutan pencuci.

Selepas beberapa jam, larutan pencuci tersebut perlu dikeringkan daripada abdomen dan gantikan dengan larutan pencuci yang baru dan ulang semula proses seperti sebelumnya.


Secara amnya memang nampak proses rawatan pesakit buah pinggang ini sangat renyah. Ditambah pula dengan sakit yang terpaksa ditanggung lagi.

Mungkin Tiada Penawar untuk sakit buah pinggang Kronik / yang telah rosak, tapi dengan rawatan yang betul, peluang untuk terus hidup masih ada. 

Menghidap sakit buah pinggang kronik bukanlah bermakna sudah dikenakan hukuman mati. Masih ada yang mampu hidup aktif walaupun mereka terpaksa menjalaninya dengan buah pinggang yang dah rosak.

Jadi, sama-sama beringat. Jaga kesihatan keseluruhan badan kita. Jagalah kesihatan buah pinggang kita. 

Nak tahu alternatif lain untuk pesakit buah pinggang?
Baca : Testimoni Vivix Shaklee bantu Pesakit Buah Pinggang

Salam Sayang,
Sharifah Zawiyah 

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
Emel: mamaziqryvitashoppe@gmail.com
Call / Sms / WhatsApp: 013 – 433 3652

0 comments:

Post a Comment