Assalamualikum semua..
Ramai betul kawan-kawan yang bersalin dalam bulan ini. Yang sedang menunggu kelahiran baby baru pun ada jugak 3-4 orang. Alhamdulillah..rezeki tu ;)
Ramai ibu-ibu lepas bersalin akan mengalami rasa takut nak membuang. Terutamanya pada minggu pertama dan kedua selepas melahirkan anak.
Ada yang boleh jadi sembelit, kena menunggu sampai berejam untuk membuang. Sebabnya, takut untuk meneran. Maklumlah nak jaga jahitan supaya tak terbuka.
Paling haru,ada juga ibu yang nak kentut pun takut. Bukan main-main, ini realiti tau. Mula-mula dengar saya pun gelak. Tapi nurse kata memang ramai ibu yang mengalami masalah ni.
Bakal ibu yang nak bersalin tak lama lagi, hari ini saya nak kongsi Tips meredakan sembelit selepas bersalin ya. In shaa Allah sedikit sebanyak boleh membantu!