Mulianya hati seorang suami kalau tahu cara dan boleh uruskan uri bayi selepas bersalin kan. Kenapa suami? Sebab uri tersebut keluar dari faraj isteri, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya dengan baik ;)
Uri atau placenta adalah organ yang dibentuk dalam rahim bersama-sama janin, yang bertujuan untuk mengambil makanan dan oksigen daripada ibunya. Selain itu, ia juga berperanan untuk membuang bahan kumuh dan toksik dari janin kepada ibu agar dapat dibuang daripada tubuhnya.
Uri yang merupakan sebahagian dari organ semasa pembentukan bayi akan keluar bersama-sama bayi ketika dilahirkan. Tali pusat yang menyambngkan uri dan bayi akan diputuskan. Jadi, selepas itu uri tidak lagi mempunyai peranan dan dikira sebagai organ yang telah mati.
Berbalik pada cara uruskan uri bayi selepas bersalin. Kenapa perlu bersihkan uri? Kenapa perlu tanam elok elok? tak boleh ke kalau buang terus ke dalam tong sampah je?
Sebagaimana yang kita tahu uri ni adalah benda yang pernah 'hidup' yang ada dengan janin di dalam rahim, mengandungi darah yang banyak dan pekat selain berbau hanyir. Sebarang bangkai atau benda yang ada darah sangat sangat digemari binatang dan makhluk halus. Maka wajiblah ditanam ye.
Tak perlu jampi serapah dan pelbagai adat adat yang mensyirikkan Allah seperti tanam pensel, buku matematik, kalkulator bagai. Ianya dilarang sama sekali. Sebab tu dalam Islam kita ada panduan.
Cara Uruskan Uri Bayi Selepas Bersalin
1. Mulakan dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
2. Cuci dengan bersih. Tak perlu guna sabun, shampoo atau perfume.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat, dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4. Lumur uri dengan garam dan cuci bersih.
5. Lumur dengan asam jawa dan cuci bersih supaya hilang bau hanyir darah. Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
6. Perahkan air limau di atas uri.
7. Letakkan di dalam kain yang bersih dan ikat.
8. Gali tanah sedalam mungkin agar tak dapat dikesan binatang. Pastikan kawasan bersih ya.
9. Baca Bismillahirrahmanirrahim dan selawat semasa meletakkan uri.
10. Timbus tanah tersebut dan letak batu diatasnya supaya tak dikorek oleh binatang.
Siap! Alhamdulillah. Selesai satu amanah dengan jayanya. Tahniah semua encik suami ;)
Semoga Bermanfaat.
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah
0 comments:
Post a Comment