Monday, May 08, 2017

Kesan Kaffein terhadap Kesuburan

Assalamualaikum semua.
Hujan petang ni, sedap pula kalau menikmati nescafe atau kopi panas kan. 


Tapi kan, bagi pasangan yang sedang merancang untuk hamil tu, lebih baiklah kurangkan ya. Terutamanya jika anda memang penggemar minuman berkaffein dan wajib minum lebih 2 cawan kaffein sehari. 

Orang kata nak dapatkan sesuatu, kenalah korbankan sesuatu kan ;) Jadi, jom ambil tahu kesan kaffein terhadap terhadap kesuburan.

Kesan kaffein terhadap kesuburan


Bagi wanita yang tidak mengalami masalah kesuburan, pengambilan kaffein tidak memberi kesan apa-apa. Namun bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat perlu hentikan tabiat meminum kaffein bagi lelaki dan juga wanita. 

Ini kerana ada kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang minum lebih daripada satu cawan kaffein akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50% dan merendahkan peluang untuk hamil.


Mengikut Dr. Zubaidi, pengambilan kaffein menyumbang kepada masalah insulin resistance bermakna insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan ketika pembakaran gula untuk menghasilkan tenaga dan menjadikan banyak gula tidak dibakar di dalam darah. Insulin resistance ini juga menghalang proses ovulasi ( pengeluaran ovum dari ovari).

Begitu juga dengan wanita yang mengalami masalah obesiti, endometriosis,dan PCOS pengambilan kaffein akan memburukkan lagi keadaan di mana ada kajian menyatakan kafein akan meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan, menganggu kualiti sel telur di rahim dan boleh menyebabkan keguguran. 

Bagi lelaki dan juga bakal ayah, biarpun kafein ini memberi kecergasan kepada anda, namun ia juga mempengaruhi kualiti dan kuantiti sperma anda. Anda juga perlu menghadkan pengambilan minuman berkafein atau lebih baik hentikan pengambilan kaffein ya.



Risiko Pengambilan Kaffein kepada Ibu Hamil


Pengambilan kaffein  turut memberi risiko sekiranya ibu minum terlalu banyak minuman berkaffein semasa hamil.

Dikatakan, bayi yang dilahirkan kecil daripada saiz normal, dan mungkin berdep
an dengan risiko mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan seterusnya. Ibu hamil juga berdepan dengan risiko untuk mengalami keguguran kerana kaffein akan menyebabkan saluran darah mengecut. 

Ini akan mengurangkan pengaliran darah ke uri (placenta) seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien. 


Selain itu, kaffein juga boleh sampai kepada bayi dalam rahim dan boleh menjejaskan pertumbuhan sel-selnya. Allahu. Dah tahu kesan kaffein terhadap kesuburan dan juga risiko kepada ibu hami kan. Jadi, elak-elakkanlah. Mencegah lebih baik dari merawat kan? ;)

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah

0 comments:

Post a Comment