50% ibu hamil dikatakan akan mengalami loya dan alahan di awal kehamilan. Ada ibu hamil yang mengalami alahan sehingga 3 ke 4 bulan pertama, ada juga yang merasai alahan teruk sehingga bersalin. Ini disebabkan oleh kehadiran hormon HCG yang dikeluarkan lebih banyak pada awal kehamilan.
Beruntunglah bagi ibu hamil yang tidak mempunyai simptom loya dan alahan ni kan. Sebenarnya loya dan alahan bukan penyakit tau. Ia memang tiada ubat. Jadi, setiap ibu hamil mestilah melaluinya dengan penuh kesabaran kerana itu adalah nikmat semasa hamil yang bukan semua ibu hamil mengalaminya.
Ianya ibarat melengkapkan proses untuk kita menjadi seorang ibu ;) Namun begitu, janganlah biar sampai melarat ya. Ia tidak bermakna ibu hamil yang mengalami loya dan alahan tidak perlu berbuat apa-apa untuk meredakan alahan.
Tips Legakan Loya dan Alahan semasa Hamil
Biasanya perut ibu hamil memang selalu kena isi. hihi. Jadi, ibu hamil yang mengalami alahan boleh cuba makan makanan ringan atau biskut kering setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk memastikan perut tidak kosong dan menyababkan berasid yang boleh mencetuskan loya.
Nampak biasa kan, tapi pengambilan snek ringan ini membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah. Tidak lupa pengambilan snek sebelum tidur juga dimana ianya merupakan salah satu cara untuk mengatasi muntah.
Ibu hamil juga boleh legakan perut dengan memakan makanan berhalia, hidu bau lemon atau minum jusnya. Ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut. Selain itu, cuba elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek.
Air harus minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang akibat muntah. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang panas dan penuh sesak. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan hidung ibu yang boleh menyebabkan muntah. Jangan lupa juga untuk ambil vitamin prenatal hari-hari ok.
Semua tips di atas in shaa Allah membantu. Macam dua kehamilan saya sebelum ni memang mengalami loya dan alahan yang sangat teruk. Alahan kehamilan pertama (sebelum kenal Shaklee) sangat teruk sehingga menyebabkan dehidrasi dan dimasukkan ke dalam wad. huhu. Berbeza dengan kehamilan kedua, alahan lebih terkawal dengan adanya suplemen Prenatal Shaklee.
Set Alahan Mengandung
Disamping itu, ibu hamil juga boleh ikhtiar dengan Set Alahan Mengandung untuk mengurangkan atau legakan loya dan alahan semasa hamil. Apa yang ada dalam set ini ialah:
- Peppermint Ginger - melegakan otot perut dan penghadaman; melegakan gastrik, pedih ulu hati, muntah, cirit birit dan alahan ibu mengandung
- B complex - cegah anemia, migrain, pening dan muntah; sesuai untuk mabuk dan meredakan alahan ibu mengandung
- ESP - mengembalikan tenaga segera, mengurangkan rasa lapar selalu ketika hamil
Testimoni Set Alahan Mengandung
Respon ibu hamil yang pernah cuba set ini iaitu customer saya sendiri dan beberapa pengguna lain.
Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi,
boleh terus hubungi saya:
Klik Like & Follow FB Page saya : MamaZiqry Shaklee Penang
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan
sahaja ya.
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun
hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee,
sila klik DI SINI
COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam,
Bukit Bendera, Jelutong, USM, Georgetown, Bayan Baru) dan Pos Laju seluruh
Malaysia
Penafian:
Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan
bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua
penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat
dari pakar kesihatan
0 comments:
Post a Comment