Tak boleh dinafikan masa hamil ni memang teringin macam-macam makanan. Boleh kata mustahil nak tolak makanan terutamanya yang dah ada di depan mata kan. Itu belum masuk senarai makanan dalam kepala yang teringin nak makan. hehe.
Namun sebenarnya penting jika ibu hamil dapat menjaga diet pemakanan prenatal anda ye. Ini kerana mengikut kajian, sejak beberapa tahun yang lepas telah membuktikan ramai ibu hamil mendapat lebih berat semasa hamil daripada yang sepatutnya.
Jadi, jom ketahui beberapa cara mudah elak berat naik mendadak semasa hamil ya.

Cara Mudah Elak Berat Naik Mendadak Semasa Hamil
Diet yang sihat
Lakukan diet yang sihat sepanjang kehamilan. Antara kumpulan makanan yang penting untuk ibu hamil ialah karbohidrat seperti beras perang, roti penuh gandum, protein seperti telur, daging dan ikan, dan lemak seperti minyak zaitun dan minyak bunga matahari.
Diet yang sihat bukan sahaja mempengaruhi pembentukan bayi, malah turut membantu ibu mengawal kenaikan berat badan semasa hamil.
Antara risiko yang bakal dihadapi jika tidak mengambil berat soal pemakanan iaitu bayi berisiko meninggal dunia semasa lahir, bayi pramatang atau berat yang rendah, kerosakan otak bayi dan kecerdasan yang rendah.
Menghadkan pengambilan kafein.
Minuman kafein dan bergas adalah sumber minuman yang mempunyai gula yang tinggi dan akan menyebabkan badan ibu mengandungi gula berlebihan. Komplikasi yang mungkin terjadi semasa hamil jika kerap mengambil minuman berkafein adalah seperti kegemukan, diabetes, degupan jantung terlalu cepat dan kecacatan bayi.
Jadi, beringat ye ibu hamil. Hadkan atau elakkan pengambilan minuman berkafein bukan sahaja dapat mengelakkan berat naik mendadak semasa hamil, malah dapat memberi kehidupan yang sihat semasa hamil.
Elak makan untuk dua orang
Istilah makan untuk dua orang ni tidak benar. Ibu hamil tidak semestinya perlu makan banyak kerana kalori tambahan yang diperlukan semasa hamil hanya sebanyak 300 kalori berbanding pemakanan orang biasa.
300 kalori tidaklah banyak sangat pun. Ianya umpama sebiji buah tambahan untuk sarapan pagi, sekeping daging ayam kecil untuk dimakan waktu makan tengah hari, dan sedikit kacang sekitar waktu makan malam. Diet yang sihat semasa hamil lebih mengutamakan kualiti bukannya kuantiti!
Tidur yang cukup dan kawal tekanan
Keadaan kehidupan yang terlalu banyak tekanan serta kekurangan tidur yang serius boleh mengubah diet anda kepada yang lebih buruk dan mendorong pengambilan lebih karbohidrat dan mencetus keinginan untuk makan sesuatu yang manis.
Cari sekurang-kurangnya 10 minit ataupun lebih me-time setiap hari untuk melakukan aktiviti kesukaan anda supaya stress dapat diringankan dan perbaiki pengurusan masa seharian anda supaya anda dapat tidur yang cukup setiap hari ;)
Tukar cara masak
Ibu hamil masih memerlukan makanan yang mengandungi lemak. Biasanya makanan bergoreng, berminyak, bermentega memang terkenal sebagai berlemak.
Cuba cara masakan lebih sihat iaitu panggang, kukus dan rebus. Ianya lebih mudah untuk elak berat naik mendadak semasa hamil. Jika hendak menggoreng pun boleh guna minyak kelapa atau minyak zaitun.
Dengan mengamalkan pengambilan makanan tinggi serat membantu sistem pencernaan yang lebih baik dan sihat, ibu juga boleh mengawal kenaikkan berat badan.
Air sangat baik untuk mengawal berat badan kerana ia boleh membantu proses metabolisme dan pembakaran kalori dalam badan. Cuma perlu tahu, air yang sebaiknya diminum oleh ibu adalah air masak. Bukannya air berperisa tak kira sama ada mengandungi kafein, dan bergas ye.
Pengambilan Minyak Ikan juga membantu mengawal berat badan secara semulajadi. Bagusnya, ia juga turut membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dalam kandungan. Ibu hamil boleh mula amal pengambilan minyak ikan untuk kesihatan selepas masuk trimester kedua ya ;)
Cuba cara masakan lebih sihat iaitu panggang, kukus dan rebus. Ianya lebih mudah untuk elak berat naik mendadak semasa hamil. Jika hendak menggoreng pun boleh guna minyak kelapa atau minyak zaitun.
Ambil makanan tinggi serat
Dengan mengamalkan pengambilan makanan tinggi serat membantu sistem pencernaan yang lebih baik dan sihat, ibu juga boleh mengawal kenaikkan berat badan.
Minum air secukupnya
Air sangat baik untuk mengawal berat badan kerana ia boleh membantu proses metabolisme dan pembakaran kalori dalam badan. Cuma perlu tahu, air yang sebaiknya diminum oleh ibu adalah air masak. Bukannya air berperisa tak kira sama ada mengandungi kafein, dan bergas ye.
Amal makan minyak Ikan
Pengambilan Minyak Ikan juga membantu mengawal berat badan secara semulajadi. Bagusnya, ia juga turut membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dalam kandungan. Ibu hamil boleh mula amal pengambilan minyak ikan untuk kesihatan selepas masuk trimester kedua ya ;)
Cukup beberapa cara mudah elak berat naik mendadak semasa hamil. Moga ianya bermanfaat untuk semua ibu terutamanya yang sedang hamil.
Peningkatan berat badan memang menunjukkan petanda kehamilan yang sihat. Bagaimanapun berat badan yang disarankan ialah sepanjang hamil antara 10 hingga 20 kg daripada berat badan normal sebelum hamil. Kawal berat badan sejak awal kehamilan adalah langkah yang paling baik supaya kenaikan berat badan semasa hamil tidak melebihi daripada yang sepatutnya.
Selamat mengharungi perjalanan berharga semasa hamil ye ibu-ibu.
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah
Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi,
boleh terus hubungi saya:
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan
sahaja ya.
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun
hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee,
sila klik DI SINI
COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam,
Bukit Bendera, Jelutong, USM, Georgetown, Bayan Baru) dan Pos Laju seluruh
Malaysia
Penafian:
Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan
bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua
penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat
dari pakar kesihatan
0 comments:
Post a Comment