Menyusu boleh kurangkan berat badan? Ianya tidak mustahil tapi tidak semua ibu menyusu berjaya kurangkan berat badan dengan hanya menyusui anak.
Ini kerana, ramai ibu menyusu yang tidak menyediakan badan mereka dengan makanan yang betul untuk kehilangan kalori semasa proses penyusuan. Rata-rata kalau kita tanya ibu menyusu pasti akan mengadu berasa sangat lapar dan asyik makan sepanjang masa. Dari situlah bermula berat badan ibu menyusu akan naik jika keadaan ini berterusan.
Berikut terdapat 5 tips bagaimana ibu menyusu boleh kurangkan berat badan dengan selamat.
5 Tips Kurus Selamat bagi Ibu Menyusu
Minum air kosong secukupnya
Air kosong merupakan sesuatu yang diperlukan oleh badan untuk memastikan ibu menyusu sentiasa kekal hidrat dan kekal sihat untuk menghasilkan susu ibu. Proses penurunan berat badan juga akan menjadi lebih mudah jika badan tidak berada dalam keadaan dehidrasi.
Tips untuk minum air kosong secukupnya dengan menggunakan straw atau boleh cuba untuk minum 2 gelas air kosong setelah selesai mengerjakan solat lima waktu ;)
Kurangkan pengambilan gula
Ada ibu menyusu yang selalu teringin makan atau minum manis. Pengambilan gula atau makanan manis tidak membantu untuk mengurangkan berat badan kerana kalori yang tinggi terdapat dalam manisan tersebut.
Ibu menyusu boleh menggantikan rasa keinginan untuk makan manis-manis dengan pengambilan buah-buahan segar seperti buah beri, tembikai atau lain-lain yang bukan sahaja mempunyai tinggi antioksida, malah rasa manisnya yang semulajadi sesuai untuk ibu menyusu untuk kurangkan berat badan.
Kurangkan pengambilan karbohidrat
Ibu menyusu boleh mengambil karbohidrat baik seperti segenggam nasi, banyakkan sayur-sayuran dan masih boleh mengurangkan berat badan. Tidak perlu berhenti mengambil karbohidrat setiap hari kerana karbohidrat juga penting untuk menjalankan fungsinya dalam badan anda. Cuma, kurangkan karbohidrat berat seperti roti dan pasta.
Selalu bergerak
Keadaan ibu menyusu yang sangat penat bangun tengah-tengah malam untuk menyusu mungkin menyebabkan ada sesetengah ibu yang rasa malas untuk bersenam dan tidak mempunyai masa untuk bersenam.
Jangan risau, melakukan kerja-kerja rumah juga merupakan senaman yang boleh membantu ibu menyusu mengurangkan berat badan juga. Ada masa terluang, boleh bawa anak-anak berjalan di taman pada waku petang dan main kejar-kejar dengan anak. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malah turut membantu melancarkan perjalanan darah dan membakar sedikit kalori. Walaupun sikit, tapi ianya membantu tau.
Pengambilan suplemen
Suplemen masa kini bukan lagi pilihan, malah ada yang jadikan suplemen suatu keperluan. Tiada suplemen yang ajaib boleh menjadikan badan ibu kurus serta merta.
Namun, dengan adanya multivitamin dapat membantu melengkapkan nutrisi harian yang badan ibu perlukan dan kurangkan rasa keinginan untuk makan 'macam-macam'. Protein pula sangat membantu untuk buat ibu rasa lebih kenyang dan mengurangkan rasa lapar sepanjang masa semasa menyusukan anak.
Namun, dengan adanya multivitamin dapat membantu melengkapkan nutrisi harian yang badan ibu perlukan dan kurangkan rasa keinginan untuk makan 'macam-macam'. Protein pula sangat membantu untuk buat ibu rasa lebih kenyang dan mengurangkan rasa lapar sepanjang masa semasa menyusukan anak.
Agen pembakar lemak pula membantu untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan tanpa mengganggu proses penyusuan. Ibu menyusu yang mengambil suplemen untuk kurangkan berat badan semasa menyusu bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja, malah bayi juga turut mendapat khasiat dan manfaat suplemen melalui susu ibu. Best kan.
Semoga perkongsian 5 kips kurus selamat bagi ibu menyusu ini dapat memberi manfaat buat anda. Jom mulakan gaya hidup sihat untuk anda dan keluarga ;)
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah
Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi,
boleh terus hubungi saya:
Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan
sahaja ya.
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun
hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee,
sila klik DI SINI
COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam,
Bukit Bendera, Jelutong, USM, Georgetown, Bayan Baru) dan Pos Laju seluruh
Malaysia
Penafian:
Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan
bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua
penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat
dari pakar kesihatan
0 comments:
Post a Comment