Sunday, April 23, 2017

4 Tips Hamil Anak Perempuan

Teringat zaman sekolah menengah dulu, ada cikgu sains ni pernah je terangkan bahawa jantina anak yag dilahirkan bukan ditentukan oleh wanita, tetapi lelaki. Sebabnya, lelaki yang membawa kromosom yang berlainan iaitu X dan Y. Manakala, wanita hanya mempunyai kromosom X sahaja. 

Jadi, tak boleh salahkan wanita jika anda dapat anak lelaki berderet datau anak perempuan berderet ya ;)


4 tips hamil anak perempuan



Ada juga teknik yang dikatakan berkesan untuk digunakan dalam usaha anda untuk memiliki bayi lelaki mahupun bayi perempuan tau. Ia termasuklah memilih cara makan yang betul dan memilih masa yang terbaik untuk bersama suami atau isteri.


4 Tips Hamil Anak Perempuan


1. Ketahui waktu subur yang tepat


Hal ini penting kerana jika anda inginkan anak perempuan, anda dan pasangan perlu bersama beberapa hari sebelum waktu subur. 

Ini disebabkan perbezaan kemampuan bertahan sperma untuk bayi lelaki (kromosom Y) dan perempuan (kromosom X). Sperma yang mengandungi kromosom X berenang lebih lambat namun mereka boleh bertahan hidup lebih lama. Sedangkan kromosom Y berenang cepat, tapi cepat mati.

Dengan melakukan hubungan intim 3-4 hari sebelum masa subur, sperma yang mengandungi kromosom Y, tidak akan bertahan hidup lama. Jadi bila sampai waktu subur, kemungkinan untuk sperma kromosom X (perempuan) mencapai sel terus lebih besar. 


4 tips hamil anak perempuan



2. Kawal keasidan Miss V



Sperma yang mengandungi kromosom Y tidak mampu bertahan lama. Apabila berada dalam persekitaran yang berasid, sperma tersebut akan semakin cepat mati. Hal ini pun membuat sperma kromosom X lebih boleh mencapai sel telur lebih dulu dan meningkatkan peluang untuk hamil anak perempuan.


3. Diet yang betul



Makan makanan yang betul antara salah satu faktor penting dalam usaha untuk mempunyai seorang bayi perempuan atau lelaki. Jika anda merancang untuk hamil anak perempuanlebihkan makanan yang kaya dengan magnesium seperti kacangbuah-buah plamproduk tenusuberi-beri biru , dan lain-lain.

Makanan begini sangat baik dalam mengurangkan PH anda menyamakan di kawasan vagina. Tahap PH yang lebih rendah boleh mewujudkan keadaan berasid dimana ia keadaan terbaik untuk mengurangkan sperma lelaki Y. Jadi, lebih banyak sperma X (perempuan) yang berenang kepada telur, seterusnya meningkatkan peluang hamil anak perempuan.


4 tips hamil anak perempuan



4. Tembusan Cetek



Teknik ini dilakukan bila mecapai orgasme dan ejakulasi, jangan melakukan penetrasi atau penembusan yang terlalu dalam. Hal ini kerana sperma dengan kromosom X lebih dapat bertahan hidup dan boleh berenang lebih lama daripada kromosom Y. Jadi, tidak perlu penetrasi yang dalam agar sperma lebih cepat sampai jika inginkan anak perempuan ya ;)

Dalam usaha apa pun. Mulakan niat yang baik ye.Doa, usaha dan tawakkal pada Allah kerana Dia hanya memberikan yanh terbaik untuk hambaNya. Semoga bermanfaat ;)

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah



Sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi, boleh terus hubungi saya:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 

Add Fb saya : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.

Klik Like & Follow FB Page saya : MamaZiqry Shaklee Penang


Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.
Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI
COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam, Bukit Bendera, Jelutong, USM, Georgetown, Bayan Baru) dan Pos Laju seluruh Malaysia



Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment