Monday, May 04, 2015

Langkah Penjagaan Luka Episiotomi

LUKA SAYA TERBUKA!


Kadangkala terdengar ada keluhan ibu-ibu yang mengalami masalah episiotomy dan luka bersalin yang terbuka semula. Hmm..bunyinya agak seram. Mungkin kita sendiri boleh membayangkan kesakitan yang ibu -ibu itu alami.

Kesian sungguh kan..dah la mengalami kesakitan ketika bersalin kini sakit pula kerana luka jahitan terbuka semula. Semoga Allah membalas pengorbanan dan kesabarannya dengan ganjaran berlipat ganda.

Apa tu Episiotomi?


Episiotomi adalah potongan surgikal yang dibuat sebelum bersalin disekitar kawasan otot di antara vagina dan anus (kawasan ini dipanggil perineum) untuk membesarkan pembukaan vaginal anda ketika bersalin. Doktor akan memotong untuk mempercepatkan bersalin dan mengelakan vagina daripada terkoyak, terutama semasa bersalin vaginal kali pertama.

Secara umumnya, luka episiotomi / jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Benang yang digunakan adalah absorbable sutures yang akan larut sendiri tanpa perlu dibuka setelah luka sembuh 

Dinasihatkan, ibu-ibu tidak perlu atau elakkan untuk menggunakan cecair/ubat sembarangan untuk mencuci luka, kerana khuatir risiko benang jahitan tersebut akan terhakis dan tertetas sebelum sempat luka bercantum dan sembuh.


Antara langkah mudah penjagaan luka episiotomi/luka jahitan:

1. Pastikan HYGIENE yang terjaga - bersihkan luka setiap kali selepas ke tandas & tukar tuala wanita dengan kerap (lalukan air bersih kepada luka, ‘dap’ dengan tisu bersih untuk keringkan dan jangan ‘rub’ luka tersebut)

2. Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka TERDEDAH supaya luka mengalami pengudaraan (ventilation) yang baik 

3. SITZ BATH iaitu rendaman air garam – ambil segenggam garam dan larutkan dalam satu jag air panas, kemudian campurkan dengan air biasa supaya campuran tersebut menjadi suam dan tuangkan di dalam besen. Duduk di dalam besen tersebut selama 10-15minit(seperti dalam gambar)

4. Elakkan SEMBELIT 
minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan fiber. Kerap meneran semasa membuang najis boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka.
Pengambilan Ostematrix membantu mengatasi sembelit semasa dalam pantan.

5. Makan makanan yang berkhasiat bagi mendapatkan NUTRIEN penting untuk penyembuhan luka. Vitalea Shaklee membantu memenuhi kepeluan Nutrisi bagi tubuh badan kita.

6. Lakukan senaman KEGEL’S iaitu senaman kemutan untuk menguatkan semula otot-otot pelvis.

7. Jika luka mengeluarkan cecair berbau atau bernanah segera dapatkan rawatan ya.

Itu antara langkah-langkah yang boleh ibu-ibu ambil untuk memastikan luka jahitan episiotomi tidak terbuka semula dan dijaga dalam keadaan yang baik.

Luka episiotomi mahupun luka pembedahan semua nye menyakitkan. Bagaimanapun, cara jagaan kita penting untuk memastikan luka tersebut berada dalam keadaan baik dan cepat sembuh. 

Alhamdulillah..berpantang untuk kali kedua, saya berpantang sepenuhnya dengan suplemen Shaklee. Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, memang sangat best. Nak tahu, ini kisah saya dan pengguna lain semasa berpantang dengan Suplemen Shaklee.

Sumber

0 comments:

Post a Comment