Alhamdulillah, saya diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan bayi juga berada dalam keadaan yang sihat.
Ok lah..Hari ni nak share sikit mengenai penjagaan wanita hamil. Bagaimana untuk memastikan kehamilan kita betul-betul sihat dan baik. Perlukah wanita hamil mengambil suplemen tambahan dan Kenapa??
Tahukah anda...
Terdapat banyak nutrisi yang diperlukan untuk wanita hamil dan bayi yang sihat. Ianya penting untuk wanita hamil untuk makan makanan sihat seperti:
- buah-buahan
- sayur-sayuran
- fiber
- protein rendah lemak dan
- lemak yang sihat.
Antioksida seperti vitamin e, vitamin c, beta carotene, dan selenium membantu melindungi sel pembiakan daripada tekanan oksidatif. Selain itu, nutrisi yang penting adalah folat, makanan tambahan harian sekurang-kurangnya 400mcg asid folik sehari untuk mengurangkan insiden kecacatan saraf tunjang pada bayi.
Sebab itu mereka yang berada pada tahap awal kehamilan perlu dan penting untuk mengambil suplemen asid folik. Jika pengambilan suplemen bermula selepas trimester pertama kehamilan, ianya sudah terlalu lewat untuk mengelakkan kecacatan kepada bayi tersebut.
Keperluan nutrisi semasa kehamilan
Semasa hamil, wanita perlu menambah nutrisi yang khusus. Antaranya,
- keperluan protein bagi wanita hamil meningkat. Jadi ia penting untuk bakal ibu mendapat protein berkualiti tinggi terutamanya soya, telur, daging dan tenusu.
- EPA menyokong jatung dan sistem imun manakala DHA memainkan peranan penting dalam perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi. Sekurang-kurangnya 500mg EPA dan DHA perlu diambil semasa hamil dan sekurang-kurangnya mengambil 300mg se3tiap hari DHA semasa menyusukan anak.
- Zat besi merupakan komponen penting bagi menghasilkan hemoglobin dan mioglobin dan kedua2 protein membantu membawa oksigen ke sel dan kepada bayi. Ada kajian mendapati pengambilan zat besi dan asid folik mempunyai kesan pelindungan yang kuat dan dapat mencegah kematian pada awal kelahiran bayi. Jelasnya, pengambilan zat besi dan asid folik sangat penting untuk kehamilan dan bayi yang sihat.
Keperluan iodin juga meningkat semasa kehamilan dan penyusuan.
- Iodin adalah mineral penting yang kita perlukan untuk menghasilkan hormon tiroid sepanjang hidup dan kekurangan iodin dalam ibu hamil meningkatkan risiko kemerosotan mental dan fizikal anaknya.
Vitamin A juga penting untuk fungsi imun, tumbesaran dan kesihatan.
- 2500ui sehari adalah dos yang dicadangkan. bakal ibu juga memerlukan banyak Vitamin B seperti Thiamin(B1) , Riboflavin (B2), Vitamin B6, asid folik dan Vitamin B12. folat dan vitamin B12 diperlukan untuk menghasilkan sel yang cepat dan membantu untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang.
Mineral seperti Kalsium, zat besi dan magnesium yang diambil semasa hamil bukanlah sahaja untuk
- membantu untuk tumbesaran tulang dan gigi bayi yang sihat tetapi ia juga membantu melindungi tulang ibu secara keseluruhan. Selepas trimester kedua, wanita hamil memerlukan lebih 300 kalori setiap hari.
Makanan yang sihat dan berkualiti sangat penting untuk keperluan harian kita dan wanita juga perlu memulakan tabiat makanan yang sihat mulai sekarang dan semasa kehamilan. Kebanyakan ibu selalu fokus terhadap apa yang penting untuk bayi mereka tetapi seringkali lupa akan kepentingan diri mereka sendiri sama ada sebelum mahupun semasa hamil. Tetapi jika kita mementingkan kesihatan kita dan juga bayi, hasilnya adalah ibu dan bayi yang lebih sihat.
Selepas menghayati keperluan nutrisi dalam penjagaan wanita hamil ini, dengan yakinnya Set Kehamilan Shaklee dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh setiap wanita hamil. Zat besi, Vitamin B, Vitamin C sebagai antioksidan, keperluan kalsium untuk tulang dan gigi si ibu dan bayi, serta kepentingan asid lemak omega 3 untuk menyokong jantung dan perkembangan otak bayi, dapat diambil melalui suplemen Kehamilan Shaklee.
0 comments:
Post a Comment