Salam ceria buat semua ibu-ibu..ada ibu-ibu yang sedang dalam berpantang? Semua ok ke? Ada mengalami bengkak susu? Tak tahan dengan bengkak susu? Atau susu anda terlalu banyak sehingga terjadinya bengkak susu?
Serius sangat-sangat sakit kan? Rasa susu banyakkk sangat tapi bila pam seolah-olah susu tu takmau keluar, macam tersumbat pun ada ye tak. Kalau ibu-ibu nak tahu,hanya hisapan daripada mulut bayi sahaja yang dapat kurangkan bengkak susu dengan cepat tau. Tapi masalahnya masa-masa ni lah bayi takmau pulak hisap susu kan..huhuu.
Bila diingat-ingat pengalaman bengkak susu masa berpantang Ziqry kali pertama, di hospital pula tu..sangat seksa Allah je yang tahu. Rasa nak demam pun ada... Nak pegang sikit pun tak boleh sebab sangat sakit. Nak tido pun tak boleh. Berlainan pula berpantang Zeyad kali kedua, Alhamdulillah tak pernah berulang pengalaman bengkak susu yang amat teruk dulu. Bengkak sikit tu normal lah kan..nak kata saluran susu tersumbat memang nampak takde.Sangat enjoy masa berpantang kali kedua. Mungkin sebab dah ada sedikit pengalaman. ;) Baca pengalaman berpantang kali kedua saya!!
Untuk mudah faham, ibu-ibu boleh rujuk rajah di atas ye. Bengkak susu ni terjadi akibat daripada saluran susu yang tersumbat dan menyebabkan air susu tu tak dapat mengalir dengan lancar. Hasilnya..ia akan menyebabkan payudara membengkak dan sakit.
Oklah..jom saya kongsikan beberaapa tips kurangkan bengkak susu dengan cepat. Mudah je..In shaa Allah moga ianya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang sedang mengalami masalah bengkak susu sekarang ni..jom baca!!
5 Tips kurangkan Bengkak Susu dengan Cepat
1. Kerap Susukan Bayi dan Pam susu
Jika ibu tidak bersama dengan bayi, pastikan pam sampai payudara kosong setiap dua atau tiga jam sekali. Jika bersama dengan bayi, kerap susukan ya. Jangan biarkan bayi tidur terlalu lama, dan pastikan bayi menyusu kedua-dua belah payudara. Beri keutamaan pada bayi untuk hisap dibahagian payudara yang tengah bengkak terlebih dahulu.
Sambil menyusukan bayi, ibu boleh melakukan urutan pada payudara secara perlahan-lahan dengan menggunakan 2 atau 3 jari urut daripada dada ke arah areola(lingkaran hitam/coklat pada payudara)
Selepas bayi menghisap susu tapi ibu-ibu masih rasa bengkak di kawasan payudara, ibu boleh pam susu dan cuba kosongkan payudaya. Susu tersebut boleh simpan dan dibuat stok.
2. Menyusu Dengan Betul
Semasa ibu sedang mengalami bengkak susu, biasanya keadaan areola akan menjadi keras. Anda boleh picit secara perlahan-lahan terlebih dahulu, lepas tu barulah anda mula susukan bayi anda.
Cara menyusu dengan betul juga penting ya. Pastikan mulut bayi berada betul-betul di kawasan areola, jangan biarkan bayi menghisap dibahagian puting susu sahaja. Ibu boleh cuba tolakkan sedikit dagu bayi untuk memudahkan bayi membuka mulut dan menyusu dengan betul.
3. Tuam dengan Ais dan Air panas
Jika rasa terlalu keras atau sakit, ibu-ibu boleh cuba tuam di tempat yang sakit tu dengan menggunakan ais batu terlebih dahulu bagi melegakan kesakitan. Kemudian, gunakan kain yang telah direndam dalam air panas, perah dan lekapkan kain tersebut di kawasan payudara.
4. Pemilihan Coli Menyusu Yang Sesuai
Nampak mudah tapi pemilihan coli menyusu juga penting. Pakai coli menyusu yang sesuai sewaktu menyusukan bayi ya. Cari coli yang selesa dan memberi sokongan pada waktu malam. Pilih coli yang tidak terlalu ketat dan pilih “cup” yang sedikit besar.
5. Suplemen Lecithin
Suplemen lecithin terkenal sebagai pengurai lemak. Jika tanya saya, saya sangat galakkan ibu-ibu yang berpantang mengambil Lecithin. Lecithin ni sangat bagus untuk melancarkan aliran darah dan saluran susu kita. Pengalaman saya sendiri, lecithin mampu untuk mengurangkan bengkak susu tau.
Ini beberapa pengalaman ibu-ibu lain yang menggunakan lecithin untuk kurangkan bengkak susu mereka:
Jangan biar bengkak susu terlalu lama tau, takut berlaku sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan pula. Sama seperti pengalaman kawan saya yang pernah kena buat minor surgery disebabkan oleh bengkak susu yang melampau. huhuu..
Moga 5 tips mudah di atas memberi manfaat buat ibu-ibu ya. Amalkan Lecithin setiap hari untuk kurangkan bengkak susu dengan cepat dan selamat. Bonus, lelemak ibu juga terurai dan boleh dapat berat idaman ;)
Nak order Lecithin? Boleh terus cari saya...
Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Penang Island
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment