Hari ni rasa seronok nak berkongsi pengalaman seharian kutip ilmu di Bengkel Nutrisi Shaklee. Dah lama sebenarnya berhajat nak mengikuti program ni. Namun ada jua halangannya..huhu. Alhamdulillah tanggal 21 Mei baru-baru ni saya diberi kesempatan dan rezeki untuk menyertai Bengkel Nutrisi Shaklee 2016.
Memang lain rasanya bila dapat sentuhan realiti daripada pakar Nutrisi Shaklee sendiri. Selalunya saya lebih gemar join webinar dan kelas-kelas online bersama leader hebat saya dan tak pernah lokek dengan ilmu. Sebabnya..lebih selesa bersama anak2 di depan mata :) Apa-apa pun Syukur alhamdulillah..moga ilmu ini dapat saya aplikasikan untuk membantu orang-orang yang memerlukan.
Dengan bayaran yang cuma RM40, saya bukan sahaja mendapat ilmu dari pakar nutrisi, malah juga pengalaman bekerjasama dengan pengedar-pengedar lain, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman masing-masing terhadap produk Shaklee. Cenderahati untuk penglibatan dalam aktiviti dan makan tengahari juga disediakan tau. Ada juga minuman performance drink dan mealshakes yang disediakan sebagai refreshment.
Perkenalkan..Pakar Nutrisi Shaklee Cawangan Penang Ms. Kiek Qiu Wuen
Ms.Kiek menceritakan sejarah dan latar belakang syarikat Shaklee, cara pembuatan produk, bagaimana pemilihan ramuan dan langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum terhasilnya sesuatu produk serta fungsi produk secara keseluruhan.
Memandangkan bulan ini promosi Shaklee Collagen Powder(SCP), kami juga diberi kesempatan untuk mencuba SCP yang telah dibancuh pada permukaan tangan. Hasilnya.. Memang kulit rasa sangat lembut, cerah dan anjal uols. Berbaloi-baloi sangat kesan SCP ni.. ;)
Shaklee Bisnes Mesra Family
Ada juga sebahagian daripada pengedar lain yang turut membawa anak-anak mereka. Sesi pembelajaran kami juga diselang-selikan dengan suara dan telatah anak-anak bijak ni. Jujurnya sepanjang pembelajaran, sikit pun saya tak rasa terganggu. Malah teringat-ingat pula Ziqry dan Zeyad di rumah..huhu... In shaa Allah, setiap kejayaan perlu ada pengorbanan. Yakin dengan hikmahnya, walapun tak bawa anak-anak bersama, saya dapat lebih fokus dengan ilmu yang dicurahkan oleh Ms.Kiek, seorang nutritionist yang bertauliah.
Testimoni Vivix Shaklee
Dalam perbincangan berkumpulan, sejujurnya saya sangat teruja dengan cerita Syamim, seorang SID Penang yang menceritakan pengalaman beliau sendiri menggunakan Vivix sebagai ikhtiar merawat penyakit Cysts yang dihidapinya. Cysts sepanjang 6cm dijadualkan untuk dibuang melalui kaedah pembedahan. Namun, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.. Dengan pengambilan 4 botol Vivix Shaklee selama 2 bulan berturut-turut telah mengecutkan Cysts beliau. Pembedahan juga dibatalkan. Alhamdulillah, syamim kini sedang sarat mengandung 7 bulan dan tak sabar menanti kedatangan cahaya mata baru ;)
Perkongsian Syamim telah membawa kemenangan kepada kumpulan kami, dan setiap seorang ahli kumpulan kami menerima sebotol B complex sebagai cenderahati. Sangat seronok sebab saya penggemar vitamin kuning @ Bcomplex ni.
Sijil dan Cenderahati |
Seharian kutip Ilmu di Bengkel Nutrisi Shaklee memang sangat mengujakan. In Shaa Allah, ada kesempatan dan rezeki lagi nanti boleh join aktiviti seperti ini lagi. ;)
Nak menyertai kumpulan Shaklee MamaZiqry?
Nak Jana Pendapatan bersama MamaZiqry?
Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Penang Island
FB : Sharifah Zawiyah
FanPage :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3
3 3 6 5 2
0 comments:
Post a Comment