Selepas bersalin, wanita pastinya memasang niat untuk kurus. Siapa yang taknak kurus dan langsing kan. Sekurang-kurangnya mendapat berat asal sebelum mengandung pun dah seronok sangat dah. Haa..jom ketahui tips langsing selepas bersalin.
5 Tips Langsing selepas bersalin.
1. Pemakaian Bengkung
Pemakaian bengkung sewaktu berpantang sangat penting untuk mengembalikan bentuk badan kepada yang asal selepas bersalin. Berbengkung membantu untuk menegangkan kulit yang menggeleber dan juga bertujuan untuk menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
Pemakaian bengkung secara konsisten ini akan membantu untuk mengempiskan perut. Selain itu, Bengkung juga bagus untuk menghalang perut dimasuki angin masa berpantang dan juga dapat menghalang peranakan daripada jatuh. Jadi, jangan culas pakai bengkung ya.
2. Pemilihan dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang
Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran digalakkan untuk diambil oleh ibu-ibu semasa berpantang. Kenapa? Ianya penting untuk memenuhi keperluan vitamin-vitamin dan garam mineral dalam badan.
Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk bekalkan tenaga dan buatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan. Cadangan saya, ESP Shaklee sebagai sumber protein terbaik untuk ibu-ibu, juga memberi tenaga segera dan rasa kenyang yang lama.
3. Menyusukan bayi
Menyusukan bayi secara ekslusif bukan saja bermanfaat untuk bayi, malah ia baik juga kepada ibu-ibu.
Menyusukan bayi boleh membantu membakar lebih banyak kalori dan sekaligus membolehkan berat badan turun semasa berpantang.
4. Melakukan senaman yang bersesuaian
Apa senaman yang boleh dilakukan ya? Ok..ibu-ibu boleh cuba lakukan beberapa aktiviti yang mudah untuk keluarkan peluh ataupun boleh juga bersenam dengan bayi. Kalau agak-agak tak tahu nak buat senaman apa, mungkin ibu-ibu boleh sibukkan diri dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.
5. Pengambilan set bersalin
Set bersalin ni memang
penting masa berpantang. Kenapa? Sebabnya, ianya membantu untuk mempercepatkan penyembhan luka, juga membantu dalam penyusuan susu ibu.
Pilihlah
set bersalin yang sesuai dengan badan. Macam-macam set bersalin yang ada di pasaran
sekarang. Jadi, ibu-ibu pilihlah dengan bijak ye. Cadangan saya pastinya Set Bersalin Shaklee, banyak khasiat, mudah, selamat dan semulajadi. Jadi, tak perlu risau untuk ibu dan bayi. Ikuti pengalaman saya bersama Set Bersalin Shaklee :)
Semoga 5 tips di atas sedikit sebanyak membantu ibu-ibu langsing dan mendapatkan berat yang ideal selepas bersalin.
Sunday, September 06, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment