Friday, September 11, 2015

Masker untuk Kecutkan Jerawat dan Pudarkan Parut

Salam semua..petang ni nak share salah satu masker favorite saya. Biasalah..masker hasil daripada gabungan produk shaklee jugak. Inilah yang saya suka, vitamin Shaklee bukan sahaja boleh dimakan untuk kesihatan dalaman kita malah boleh juga dijadikan masker untuk penjagaan luaran. Dua dalam satu..



Ok lah..ikuti langkah-langkah mudah untuk membuat masker untuk kecutkan jerawat dan pudarkan parut.

Masker ESP  Vitamin C:


Campurkan sedikit ESP lebih kurang 1 sudu kecil dan setengah biji Vitamin C yang telah dihancurkan. Vitamin C yang dipatah senang je nak hancurkan. Tekan-tekan  dengan sudu sahaja. Lepas tu campur sedikit air dan tempek la di wajah masing2 ye. Bahagian yang berjerawat letak lebih sikit. Biar 20min @ bolehlah bilas bila dah kering :)

Apa yang akan anda rasa bila pakai masker ni?
Mula-mula muka akan rasa sedikit pedih..tapi lama-lama ok..sejukk dan nyaman je.
Percayalah... ;)

Apa yang best nya tempek masker gabungan ESP dan Vitamin C ni, jerawat cepat je kecut dan parut pun cepat pudar. Jerawat yang baru timbul tu memang tak meninggalkan kesan parut yang lama. Lagi syok lepas bilas, muka akan terasa lebih tegang dan glowing2 gitu...Best sangat!

Cuba lah!!

Info tentang Set Kecantikan Shaklee yang famous!!

0 comments:

Post a Comment