Wednesday, May 08, 2013

Tips dapatkan Perut Kempis dan Tidak Menggeleber selepas bersalin

Ibu-ibu lepas bersalin sudah semestinya mengidamkan bentuk badan mereka kembali seperti dahulu kan.
Mari saya kongsikan sedikit tips untuk anda amalkan selepas bersalin untuk dapatkan bentuk badan yang cantik dan sihat:

-> SUSU IBU : Anda perlu susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin secara eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Nak tahu kenapa? Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari

-> BERBENGKUNG : Pada masa kin, mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin kerana berasa rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi anda perlu tahu, penggunaan bengkung yang sesuai dan memakainya dengan cara yang betul boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal.

-> BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku merupakan kaedah tradisional bagi ibu-ibu lepas bersalin sejak dahulu lagi dengan tujuan untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan. Jadi, Jom kita amalkan semula ya..

-> KAWALAN PEMAKANAN : Ibu lepas bersalin tidak boleh makan dengan sesuka hati dan juga  tidak digalakkan untuk berdiet berlebihan pada bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda kerana dikhuatiri akan kekurangan khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan oleh badan. Anda perlu mengawal/mengambil pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan perut buncit dan menggeleber, terutama jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. Anda perlu kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
-> SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Untuk membantu anda mengempiskan perut, anda juga boleh melakukan senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu. Rujuk jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar untuk dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Namun, anda perlulah lakukan aktiviti ini secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik.

-> BETULKAN POSTUR TUBUH : Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari. Anda perlu tahu bahawa kedudukan postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber yang sukar diselesaikan. Selepas ini kena lebih beringat lah ya..

-> DETOKSIFIKASI: Anda yang mengalami masalah penghadaman mungkin disebabkan oleh lebihan toksin dalam badan yang kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ini seterusnya akan mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Jadi, proses detoksifikasi perlulah dilakukan dari masa ke semasa bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya di bahangian perut ya.

-> SUPLEMEN TAMBAHAN. Anda juga boleh mengambil suplemen tambahan untuk membantu anda dapatkan kembali bentuk badan yang langsing dan cantik. Tetapi perlu anda tahu kandungan suplemen yang bakal anda ambil supaya tidak menjejaskan kesihatan, atau penghasilan susu bagi ibu yang masih menyusukan anak. Bagi mendapatkan Set Pelangsingan yang selamat untuk ibu menyusu,sila klik di SINI


Credit: Intan Azlin

0 comments:

Post a Comment