Friday, October 27, 2017

12 Cara Pantang dengan Betul Selepas Bersalin

Assalamualaikum..

Tertarik dengan pelbagai rungutan daripada ibu lepas bersalin yang selalu rasa letih dan sakit-sakit badan, hari ni saya nak share 12 cara pantang dengan betul selepas bersalin. Cara pantang ini sangat diperlukan kerana ianya adalah rahsia untuk badan kekal bertenaga.


Bidan kata.. buat saja cara pantang ni, ianya mudah dan tidak merumitkan. Namun ramai wanita yang suka buat-buat lupa untuk buat-buat lupa. Jadi, saya pahatkan dalam entri ni supaya mudah untuk saya dan ibu-ibu lain rujuk pada masa akan datang ;)


12 Cara Pantang dengan Betul Selepas Bersalin


1. STOKIN wajib untuk dipakai bagi mengelakkan kaki berasa sejuk dan masuk angin. IKAT RAMBUT sekejabnya atau seketatnya bagi mengelakkan angin dari masuk.


2. Wanita lepas bersalin atau ibu yang berpantang DILARANG DUDUK MENCANGKUNG tak kiralah koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin. Ini kerana rahim wanita lepas bersalin masih lemah lagi, takut-takut terkeluar pulak.huhu.

3. Selepas bersalin, miss v wanita pastinya telah tercedera dan lemah setelah mengeluarkan anak dan uri kan. Jadi, silalah RAPATKAN KAKI anda supaya cara ini dapat membantu Miss v cepat sembuh daripada luka.

4. MENU BERPANTANG sangat dititikberatkan semasa 44 hari tempoh berpantang. Elakkan makanan daripada ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, malah perlu pantang makan fast food juga. Logiknya, makanan yang berkhasiat dan tidak memudaratkan badan akan buat badan ibu akan lebih sihat selepas habis tempoh berpantang nanti.

5. Wanita lepas bersalin dilarang sama sekali untuk aktif buat kerja rumah. Sepatutnya bab jaga anak pun harus diuruskan oleh orang lain, inikan pula kerja memasak dan kerja-kerja rumah. Ingat, IBU BERPANTANG BUKAN SUPERWOMAN. Jadi, anda perlu banyak rehat jika nak sembuh dengan cepat ;)

6. Pesan orang tua, dalam pantang ni sila BANGUN DI AWAL PAGI & ELAKKAN TIDUR SENJA.
Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut-urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.


7. Penting untuk ibu lepas bersalin BERTUNGKU untuk mengecutkan batu meriyan, MENGURUT mengangkat rahim dan MANDI HERBA bagi menyegarkan badan. 

8.  JAGA IBU JARI KAKI. Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.

9. Wanita berpantang perlu elakkan diri daripada KELUAR RUMAH KECUALI KE KLINIK. Ini kerana, wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’.  Berhati-hati lebih baik.

10 Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Oleh itu, KURANGKAN PERGERAKAN KETIKA MANDI. Anda boleh mandi secara duduk di atas bangku dan mandi dengan air yang sedikit panas.

11. Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan. Oleh itu, JAUHKAN AIRCOND dari anda dan baby.



12. MINTA BANTUAN SUAMI dari segi kerja penyediaan makan dan basuh baju isteri masa pantang. Ini kerana isteri berpantang tidak boleh main air masa tu. Sekiranya suami sibuk, carikan seseorang yang boleh bantu untuk uruskan isteri dan anak anda. Penting untuk suami jaga emosi serta fizikal isteri anda ;)

Alhamdulillah, selesai perkongsian 12 cara pantang dengan betul selepas bersalin. Nak taknak je buat kan. Moga perkongsian ni memberi manfaat pada semua ibu-ibu.

Untuk penjagaan selepas bersalin, saya syorkan Set Berpantang terbaik dan selamat dimana ianya boleh diambil seawal lepas bersalin walaupun bayi mengalami jaundis.


Salam sayang,
Sharifah Zawiyah


Sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh la menghubungi saya terus ya:

Call / Whatsapp : 013 – 433 3652 

Add Fb saya : Sharifah Zawiyah untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan produk Shaklee.

Klik Like & Follow FB Page saya : MamaZiqry Shaklee Penang

Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan sahaja ya.


Untuk mendaftar ahli dan menikmati diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee atau menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, sila klik DI SINI





Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment