Tuesday, August 16, 2016

7 Tips Penjagaan Luka Bersalin Cesarean

Assalamualaikum semua..

Bersalin normal mahupun cesarean, tibanya saat melahirkan anak adalah merupakan satu pengalaman yang paling bermakna bagi seorang ibu. Bergelar ibu dan melihat anak yang dikandung selama 9 bulan pastinya buat setiap ibu merasa tidak sabar.

Namun, proses berpantang selepas bersalin merupakan keadaan yang agak mencabar terutamanya bagi ibu-ibu yang melahirkan anak dengan kaedah pembedahan atau cesarean(C-sect).  Ibu memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan luka betul-betul pulih berbanding dengan luka bersalin normal.

Luka selepas pembedahan Cesarean ketika melahirkan anak juga memerlukan penjagaan yang lebih teliti kerana luka yang dijahit itu lebih besar dan dalam berbanding luka episiotomy di faraj. 


Berikut adalah 7 tips Penjagaan Luka Bersalin Cesarean. Moga info ini bermanfaat bagi membantu untuk mempercepatkan luka sembuh dan menghabiskan masa dengan bayi yang memerlukan sepenuh perhatian dari ibunya.

  

1.0 Pergerakan Awal


Ibu digalakkan untuk melakukan pergerakan lebih awal iaitu berjalan secara perlahan-lahan di sekeliling katil. Jangan risau dengan luka tersebut akan terbuka atau sebagainya, kerana banyak kajian menunjukkan melakukan pergerakan selepas pembedahan Cesarean membantu proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.

Kalau rasa kurang selesa atau tak yakin untuk melakukan pergerakan, boleh cuba dapatkan bantuan daripada ahli keluarga yang menjaga anda ya.


2.0 Lebihkan Masa Untuk Berehat


Pembedahan Cesarean itu pembedahan major. Berikan tubuh ibu masa untuk pulih kembali ya. Biasanya, ibu bersalin cesarean mengambil masa sehingga 6 minggu untuk badan kembali pulih sebelum melakukan rutin harian yang biasa.


Pernah dengar tak, selalu ada nasihat daripada orang tua. Berehatlah atau tidurlah sekali bila bayi kita tidur. Jadi, ibu cuba tidur bila-bila masa sahaja bayi tidur ya. Ini amat membantu. 

Tak perlu bersusah payah melayan tetamu jika kita rasa tidak larat. Lebihkan masa untuk berehat. Mereka tentu akan faham dengan situasi kita. Minta bantuan dari suami atau keluarga sekiranya ingin menukar lampin atau membuang air.

3.0 Berhati-hati melakukan pergerakan


Ibu perlu lebih berhati-hati bila melakukan sebarang pergerakan. Elakkan naik dan turun tangga selagi boleh. Letakkan barang keperluan berhampiran dengan kita supaya kita tak perlu bangun dan bergerak dengan kerap. 

Jangan angkat sesuatu yang lebih berat dari bayi kita. Mintalah bantuan dari pasangan atau keluarga untuk melakukannya. Setiap kali bersin dan batuk, pastikan kita memegang perut untuk melindungi kawasan luka pembedahan.




Nak lakukan senaman? Boleh, tapi elakkan senaman berat ya. Ambil masa untuk berjalan perlahan-lahan sangat digalakkan secara kerap. Gerakan ini akan membantu tubuh untuk pulih, mencegah sembelit dan darah beku.

  4.0 Pastikan luka kering dan Bersih



Ibu mungkin akan berasa tidak selesa dan sedikit pedih di tempat luka. Pastikan luka kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Jangkitan kuman yang tidak terkawal akan menyebabkan luka akan terbuka dan menjadi lebih besar.

Pemakaian bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain dibolehkan. Ia boleh dipakai selepas seminggu pembedahan. Selain dapat membantu bentuk badan, bengkung dapat mengurangkan rasa sakit terutamanya semasa batuk dan bersin.
Ia juga dapat mengurangkan sakit belakang kerana memberikan sokongan pada tulang belakang. Perut juga akan menjadi kempis kerana ia mengurangkan angin di dalam usus.

  5.0 Pilih Makanan yang Sihat




Pemakanan yang baik adalah rahsia kepada kesihatan yang baik. Ianya sama penting untuk menjaga pemakanan semasa hamil dan berpantang.

Ibu yang baru lepas melahirkan anak digalakkan memakan makanan berzat dan seimbang. Banyak tenaga, protein dan darah telah hilang semasa proses pembedahan dan perlu digantikan dengan segera. Pilih makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, daging dan ayam. Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah- buahan kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral.

Lebih-lebih lagi jika ibu menyusukan bayi. Susu ibu adalah sumber utama bayi untuk mendapatkan nutrisi. Jadi, disamping mengambil makanan sihat untuk baikpulih kesihatan ibu, ianya juga membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi untuk kekal sihat dan mempunyai tubuh yang kuat.
 

6.0 Keperluan Air yang Cukup

Ibu perlu minum air dengan cukup. Jangan risau luka pembedahan akan menjadi bengkak. Air penting untuk membuang toksin melalui air kencing. Kekurangan minum air akan menyebabkan ibu akan menghadapi masalah sembelit. Air yang banyak juga membantu untuk penghasilan susu ibu. 2 liter sehari sekurang-kurangnya ya. 

7.0 Pengambilan Multivitamin


Ibu disarankan untuk mengambil suplemen pil multivitamin yang mengandungi zat besi. ianya bertujuan untuk menambah semula darah merah yang banyak hilang ketika pembedahan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka

Pengambilan Set Berpantang Shaklee sangat membantu saya sendiri dan ramai lagi ibu-ibu diluar sana. Ianya lengkap dengan Vitamin seperti Vitalea yang kaya dengan Zat besi dan juga dengan Zinc Shaklee yang amat berkesan menyembuhkan luka pembedahan dengan lebih cepat dan menambah semula darah yang hilang ketika bersalin.

Cukup 7 Tips Penjagaan Luka Bersalin Cesarean. Ibu-ibu bakal yang berpantang tu, jaga diri dan jaga emosi ya. Cari Set Berpantang yang sesuai? Jawapan saya..pastinya Set Berpantang Shaklee!! Cukup semua nutrisi untuk baikpulih kesihatan ibu, juga membantu untuk pertumbuhan bayi yang sihat.

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah

0 comments:

Post a Comment