Assalamualaikum semua..
Susu Ibu rezeki daripada Allah. Ibu-ibu masa kini dah ramai yang tahu tentang kepentingan dan kebaikkan susu ibu. Kebaikan susu ibu yang saya pasti ramai yang sudah mengetahui adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, meningkatkan sistem imunisasi anak dimana ia bagus untuk mencegah sakit dan turut membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.
Ramai ibu terutamanya ibu bekerjaya telah sedar tentang kepentingan untuk memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian si ibu bagi membantu tubuh si ibu sihat dan seterusnya dapat menghasilkan susu ibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.
Namun ada juga segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFAFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan perjalanan penyusuan mereka.
Kesan jika hanya bergantung pada Alfalfa sebagai Suplemen Penyusuan
Alfafa bertindak untuk meransang penghasilan susu dengan lebih cepat. Jadi, tidak hairanlah jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak. Perbezaan yang ketara pasti ada apabila pengambilan alfafa ditingkatkan dalam sehari. Ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama sekali apabila ibu konsisten dengan pengambilan air yang banyak serta melakukan sesi perahan dengan istiqamah setiap 2-3 jam sekali.
NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja sampai tidak mampu bertahan buat kerja rumah, mungkin juga punyai masalah kedinginan terhadap seks.
Ini kerana ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.
Baca: 8 cara berkesan untuk banyakkan susu Ibu
Kesan jika hanya bergantung pada Alfalfa sebagai Suplemen Penyusuan, dengan tambahan Vitamin secara lengkap.
Jika ibu mengambil vitamin secara lengkap, semua vitamin itu memenuhi keperluan tubuh badan ibu, menjadikan badan ibu lebih sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik.
Sebagai ilustrasi, vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya, minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak, pastinya kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit.
Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya dengan pengambilan nutrisi yang cukup, maka badan ibu sihat, moodnya sentiasa ceria, sentiasa rasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi.
Fungsi ringkas vitamin Penyusuan:
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Lengkap dengan semua vitamin beserta zat besi. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak.
Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan tahap keberkesanan penyerapan zat besi oleh badan.
b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu sentiasa berfikiran positif sentiasa (mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.
Ibu yang mengambil pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Manfaat lain, Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.
Andai kata ibu atau baby demam, cuba tingkatkan pengambilan vitamin C kepada 2 biji sehari. Vitamin C juga membantu penyembuhan yang lebih cepat jika ibu yang menghadapi masalah puting melecet/luka/berdarah. Kesan yang paling best, vitamin C juga mencantikkan, membersih dan mencerah kulit ibu dan bayi.
d) Alfalfa
Merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu, membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Pengambilan alfafa dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan meransang penghasilan susu dengan lebih cepat. Ianya mengikut keperluan badan ibu ya.
Alfafa turut membantu melawaskan dan membuang angin dalam badan. Ianya secara automatik juga memberi kesan baik pada bayi susah nak kena kembung perut.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa dalam seharian.Lebih banyak anda mengambil alfafa, lebih air yang anda perlukan ya.
Baca : Set Penyusuan Shaklee
Konklusinya, ibu menyusu mempunyai pilihan sama ada ingin memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan ibu,
atau lebih penting untuk mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ibu berada dalam keadaan ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susu ibu
Dah tahu kesan jika hanya bergantung pada Alfalfa sebagai Suplemen Penyusuan, ibu boleh buat pilihan mengikut keperluan ibu jika mencari suplemen penyusuan ya. Perlukan konsultasi, boleh terus hubungi saya.
Salam sayang,
Sharifah Zawiyah
Monday, August 15, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment