Ramai betul kawan-kawan yang bersalin dalam bulan ini. Yang sedang menunggu kelahiran baby baru pun ada jugak 3-4 orang. Alhamdulillah..rezeki tu ;)
Ramai ibu-ibu lepas bersalin akan mengalami rasa takut nak membuang. Terutamanya pada minggu pertama dan kedua selepas melahirkan anak.
Ada yang boleh jadi sembelit, kena menunggu sampai berejam untuk membuang. Sebabnya, takut untuk meneran. Maklumlah nak jaga jahitan supaya tak terbuka.
Paling haru,ada juga ibu yang nak kentut pun takut. Bukan main-main, ini realiti tau. Mula-mula dengar saya pun gelak. Tapi nurse kata memang ramai ibu yang mengalami masalah ni.
Bakal ibu yang nak bersalin tak lama lagi, hari ini saya nak kongsi Tips meredakan sembelit selepas bersalin ya. In shaa Allah sedikit sebanyak boleh membantu!
TIPS MEREDAKAN SEMBELIT SELEPAS BERSALIN
- Selepas melahirkan, penting untuk jaga makan dan minum dengan teratur. Lebihkan makan makanan tinggi serat, terutama sekali buah-buahan, dan banyakkan minum cecair. Cecair akan membuat najis jadi lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Menyusukan bayi juga boleh buat ibu rasa dahaga, jadi ibu perlu banyak minum ya. Jangan biar badan ibu ternyahidrat.
- Bangunlah dari katil dan bawa berjalan secara dekat dan kerap. Biar diri duduk atau berbaring sahaja untuk jangka masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.
- Terus ke tandas apabila rasa nak membuang. Jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk dengan posisi yang betul dan jangan duduk menenggek.
- Betulkan posisi nak membuang. Luruskan belakang, angkat lutut supaya lebih tinggi dari punggung. Letakkan kaki ibu atas bangku (jika boleh) supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku supaya berada di atas lutut. Posisi ini bagus kerana ini yang paling mirip dengan mencangkung (posisi paling baik untuk menggerakkan usus)
- Rebahkan diri, dan kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut. Waktu ini, ibu patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.
- Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum dan tutup sebarang jahitan(jika ada). Tekan dari depan supaya tidak terlucut. Cara ini membantu menyokong lantai pelvis dan memberi keyakinan pada ibu bahawa jahitan tidak akan koyak.
Cuba ikuti tips meredakan sembelit selepas bersalin ni, in shaa allah boleh membantu ibu-ibu.
Jika ibu nak elak sembelit semasa dalam pantang, ibu-ibu boleh cuba ostematrix Pengalaman saya sendiri, memang sungguh tiada lagi ketakutan semasa nak membuang tu. Tak perlu risau lagi ;)
BAGAIMANA OSTEMATRIX MEMBANTU PELAWASAN
Ostematrix Shaklee ni bukan sekadar kalsium tau. Selain daripada kalsium, kandungan utama dalam Ostematrix adalah Magnesium, Vitamin D, Maganese, Copper dan Zinc.
Bahan dalam Ostematrix yang membantu mengatasi masalah sembelit adalah Magnesium.
Magnesium dalam Ostematrix Shaklee bertindak untuk merehatkan otot dalam usus, seterusnya membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit. Magnesium juga bertugas untuk menarik air dan meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.
Istimewanya bulan Ogos ini ada promosi ostematrix tau. Beli 2 botol dapat diskaun 5%. Beli 2botol terus dan simpan buat stok.Sebab lepas pantang pun bagus ambil ostematrix ni untuk penyusuan.
Nak tengok lagi testimoni Ostematrix untuk kurangkan sembelit boleh klik SINI
Ingin dapatkan Ostematrix???
Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee:
Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
FB : Sharifah Zawiyah
FB Page :MamaZiqry Vita Shoppe
Emel: mamaziqryvitashoppe@gmail.com
Call / Sms / WhatsApp: 013 – 433 3652
0 comments:
Post a Comment