Friday, June 03, 2016

Magnet Rezeki

  No comments    
categories: ,
Assalamualaikum semua..

Bukan senang nak jadi senang. Nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya. Kerana tarikan aura positif daripada orang yang berjaya sedikit sebanyak mempengaruhi niat anda untuk menjadi seorang yang berjaya.


Kejayaan pertama mungkin adalah yang paling sukar. Tetapi, ketahuilah sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet!

3 cara mudah menjadi Magnet rezeki:

1. Solat Sunat Dhuha


Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri. Dikatakan, Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).


2. Banyakkan Amalan Bersedekah


Ketahuilah..bersedekah takkan memiskinkan kamu. Percayalah sedekah akan menjadi magnet rezeki bagi kamu. Semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah akan menambahkan dan melipatgandakan rezeki kita. Rahsia Sedekah dan zakat dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Oleh itu, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah mengikut kemampuan kita.

Bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Lebih baik menjadi "tangan yang memberi" kerana ia lebih baik dari "tangan yang menerima.”


3. Berdoa Bersungguh-sungguh


Pernah dengar tak..Doa adalah senjata orang mukmin. Apa pun amalan dan usaha yang kita lakukan mestilah diiringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah SWT.  Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya.

Antara waktu mustajab untuk berdoa ialah:
- Doa selepas solat 5 waktu
- Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
- Doa waktu solat dhuha
- Doa diwaktu berjemaah
- Doa seorang ibu
- Doa ketika sedang sujud
- Doa orang yang teraniaya

Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati dan mudahlah rezeki mengalir kepada kita.Berdoalah, kerana Allah sentiasa rindu akan Doa hamba-hambanya. Berdoalah, magnet rezeki paling mudah. In shaa Allah.

0 comments:

Post a Comment