Monday, April 22, 2019

Boleh ke Puasa Selepas Nisfu Syaaban?

  No comments    
categories: 
"Eh Sha, Hari ni 16 syaaban u nak puasa sunat kan. Tak boleh puasa sunat Selepas 15 syaaban la sha"

"🤔 Betul ke? Bukan ke kita digalakkan berpuasa sebagai persiapan menghadapi Ramadan tidak lama lagi.....” 





Boleh ke Puasa Selepas Nisfu Syaaban?

Ternyata, masih ramai orang yang keliru dengan hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban. Ada juga yang tidak tahu menahu seperti saya🤭

Apapun, syukur alhamdulillah dapat rezeki ilmu baru pagi ni.

Mengikut riwayat Ibnu Majah,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika telah separuh bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadan”.
Sungguhpun dihukumkan haram berpuasa Selepas Nisfu syaaban, namun ianya tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian.




Hukum haram dan tidak sah puasa selepas nisfu kedua Syaaban mempunyai pengecualian seperti berikut:-

1. Puasa sunat itu disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada dalam nisfu pertama (separuh pertama) Syaaban walaupun dengan hanya satu hari serta dengan syarat ia berterusan sehingga Ramadan.
Jika puasa terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. 

Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Syaaban dan hari-hari berikutnya. 

Tetapi jika setelah berpuasa pada 15, 16, 17 Syaaban, dia tidak berpuasa pada 18 Syaaban, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunat pada 19 Syaaban dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah masuk bulan Ramadan.

2. Puasa sunat yang dilakukan menjadi amalan biasa bagi ahli puasa iaitu seseorang yang mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis sepanjang tahun, maka tidaklah jadi halangan untuknya meneruskan puasanya itu.

3. Puasa qada sama ada qada puasa fardu atau qada puasa sunat yang berwaktu.

4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ia tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu kedua Syaaban.
Contohnya, seseorang bernazar mahu berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis itu sudah masuk dalam separuh kedua Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut. 

Namun, sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nisfu kedua Syaaban, tidaklah boleh dia berpuasa dan tidak sah nazarnya itu.

Moga bermanfaat! 😊




0 comments:

Post a Comment