Sunday, June 05, 2016

Cara Solat Sunat Tarawih Sendirian Di Rumah

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum semua..

Dah bersedia menyambut kedatangan bulan ramadhan? Semoga kedatangan ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan buat kita. Hari ini rasa senang hati untuk saya berkongsi sedikit panduan cara solat sunat tarawih sendirian di rumah.


Bagi anda yang tidak mampu berjemaah di masjid, bolehlah kita usaha melakukan solat sunat tarawih sendirian di rumah, terutama anak gadis yang tidak berteman, orang yang sakit, dan  ibu-ibu yang ada anak kecil seperti saya. Moga ianya bermanfaat.


Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa terutamanya kepada warga emas.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

Kebanyakan kita biasa melakukan solat sunat tarawih 8 rakaat (solat 2 rakaat 1 salam) dan diikuti dengan 3 rakaat solat sunat witir (solat 2 rakaat 1 salam, solat 1 rakaat 1 salam)


Cara Solat Sunat Tarawih Sendirian di Rumah

1) Niat

Solat dimulai dengan niat solat sunat terawih

"Sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat kerana Allah ta'ala"


2) Membaca Al-fatihah

 
Surah Al-fatihah merupakan bacaan yang wajib dibaca dalam solat. Selepas membaca surah Al-fatihah, kemudian baca ayat-ayat atau surah daripada Al-Quran tidak kira pendek atau panjang, atau berulang, asalkan bacaan itu betul dan solat dilakukan dengan cermat.

3) Setiap 2 rakaat disudahi dengan salam

Segala bacaan di luar solat, seperti selawat dan doa tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ianya juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

4) Selepas selesai solat tarawih,  bolehlah melakukan solat sunat witir 3 rakaat. Dimulakan dengan 2 rakaat 1 salam, kemudian melakukan solat 1 rakaat 1 salam.

Solat sunat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

5) Niat solat sunat witir

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah ta'ala


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Sahaja ak solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah ta'ala


Zikir Selepas Solat Witir - Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."
Solat terawih hanya ada dalam bulan ramadhan. Jika tak mampu buat di masjid, jom kita usaha buat di rumah ya. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk meningkatkan ibadah di bulan ramadhan tahun ini.
In shaa Allah..Bulan ramadhan bulan mulia.moga Allah permudahkan urusan kita..Aamiin.


Alhamdulillah...moga perkongsian Cara solat sunat tarawih sendirian di rumah ini bermanfaat untuk semua terutamanya buat ibu-ibu ;)

sumber 1
sumber 2

0 comments:

Post a Comment