Monday, June 06, 2016

Punca GOUT Dan Bagaimana Cara Mengatasinya

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah..hari ini saya diberi kesempatan untuk berkongsi tentang apa punca Gout dan  Bagaimana Cara Mengatasinya. Penyakit Gout ni tidak asing dengan saya bila mana ayah saya sendiri mempunyai masalah Gout dalam tempoh bertahun-tahun lamanya. Dan kini, suami saya juga mempunyai masalah yang sama. Jika ada tersalah makan, memang terpaksalah menahan kesakitan yang tidak dapat saya sendiri bayangkan.

Apa punca Gout dan  Bagaimana Cara Mengatasinya?

Selalu kita dengar bila seseorang itu menghidap GOUT, pasti perkara pertama yang kita ingat ialah asid urik tinggi. Nak tahu apa itu asid urik? Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin. Asid urik secara semulajadinya akan larut dalam darah dan sepatutnya keluar daripada badan kita melalui air kencing. 

Tapi apa yang terjadi kepada pesakit gout ialah asid urik ini tidak keluar melalui air kencing, tetapi berkumpul secara berlebihan di dalam sendi dimana ia membentuk jarum kristal dan menyebabkan rasa sakit pada sendi.

 

Gout biasanya menyerang ibu kaki dimana ia akan menjadi merah, panas, bengkak dan rasa sakit. Tak kurang juga, gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Pengumpulan asid urik ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan benjolan kecil yang dipanggil ‘tophi’.(rujuk gambar di atas)

sumber: Dr. Zubaidi
Bagaimana Cara mengatasi Gout
Untuk jangka masa yang panjang, pesakit gout disarankan untuk:

1) Amalkan diet rendah purin dengan mengamalkan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purin secara sederhana. Contohnya:
  • organ dalaman (paru, hati, otak)
  • makanan bercengkerang (kerang, udang, ketam)
  •  ikan bilis, ikan sardin, telur ikan
  •  kekacang, alkohol, lemak haiwan, 
  • asparagus, bunga kobis, cendawan :dan 
  • yis (roti putih dan roti manis)

2) Minum banyak cecair, terutamanya air kosong. Ianya penting untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik.
 
3) Kegemukan dikatakan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik. Jadi, pesakit gout perlu kawal berat badan dan bersenam

4) Mengambil suplemen Set Gout Shaklee sebagai Alternatif untuk mengurangkan lebihan asid urik.


Set Gout Shaklee merangkumi 3 suplemen yang membantu mengurangkan penyakit gout.

Alfafa Complex
- menyingkirkan toksik yang berlebihan di dalam tubuh badan secara lembut dan semulajadi. Bagi melancarkan fungsi detoksifikasi dengan lebih berkesan, pengambilan alfalfa perlu disertai dengan pengambilan air yang banyak.

Performance Drink

- memelihara kandungan bendalir dalam badan ke tahap yang optimum. Pesakit gout perlu mengelakkan kekurangan air dlm badan kerana ia akan lebih menyukarkan proses penyingkiran asid urik dari tubuh badan.
 

Omega Guard
- berfungsi sebagai anti inflamasi, dimana ia membantu mengurangkan keradangan sendi yang dihadapi pesakit gout


Testimoni pengguna Set Gout Shaklee:

 Testimoni pengguna Set Gout Shaklee 1

Testimoni pengguna Set Gout Shaklee  2

Testimoni pengguna Set Gout Shaklee 3


Alhamdulillah..kita ikhtiar kita usaha selagi mampu. Suami saya juga menunjukkan respon yang baik dengan Set Gout Shaklee. Kekerapan serangan gout dalam masa terdekat ini nampak sangat positif, sudah semakin kurang. In shaa Allah, semoga suami saya dan anda yang ada masalah Gout juga dapat menikmati hidup yang lebih sihat dan selesa.

Baca: Testimoni Vivix bantu pesakit Gout
 
Dah ketahui punca gout dan bagaimana cara mengatasinya? Nak cuba Set Gout Shaklee sebagai ikhtiar anda? Boleh terus hubungi saya ya..

Konsultasi PERCUMA Seumur Hidup!
Hubungi saya:

Sharifah Zawiyah (ID : 920417)
Pengedar Shaklee Penang
COD Shaklee Pulau Pinang
Emel: sharifahzawiyah@yahoo.com
Call / Sms / WhatApp: 0 1 3 – 4 3 3 3 6 5 2

0 comments:

Post a Comment