Saturday, March 04, 2017

Kelebihan Surah Al-Mulk

  No comments    
categories: 
Assalamualaikum.

Cikgu saya ada pesan, jadikan amalan setiap malam untuk baca surah al-waqiah dan surah al-Mulk. Surah-surah ni ada khasiat tersendiri katanya.

Al Mulk yang bererti ‘Kerajaan’. Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 




Apa yang cikgu pesan tu kenalah ikutkan selagi tidak bercanggah dengan syariat kan kan. Alhamdulillah, sepanjang mengamalkan surah Al-mulk ni, saya rasa sangat mudah untuk bangun solat subuh. Mesti terjaga paling lewat pun di kala azan subuh berkumandang. Tak macam sebelum-sebelum ni tau. huhu. 

Allahuakbar! Jangan Kau biarkan kami sendirian menguruskan hidup ini tanpa bantuan dariMu ya Allah.

Mula teruja dengan kelebihan mengamalkan surah al-mulk ni. Jadi saya pun teringin mengetahui apa yang berkait dengan surah al-mulk ni. Bab agama ni, saya suka pergi intai info di blog shafiqolbu . Banyak info yang boleh saya pelajari disitu termasuklah kelebihan surah Al-Mulk ;)



Kandungan Surah Al Mulk


Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, iaitu al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah al-Mulk , ayat ini menceritakan tentang kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Seperti yang cikgu saya bagitahu, surah al-Mulk ini menyelamatkan kita daripada azab kubur. Malah terdapat beberapa lagi keebihan surah ini tau.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah al-Mulk ialah:

  • Surah ini akan menjadi penyelamat.
  • Penegah pembacanya dari seksa kubur.
  • Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
  • Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
  • Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membaca surah al-mulk pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

Jom sama-sama amal surah ni. Moga kita sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dariNya. Aamin.

0 comments:

Post a Comment