Saturday, February 25, 2017

Tips Turun Berat Badan: Makan Nasi Untuk Kurus

Nak kurus, kena elak ambik karbohidrat!

Selalu jugak saya jumpa diet macam ni. Saya sendiri pernah buat. Tapi bukan semua orang mampu nak mengelak karbohidrat terutamanya kalau diri tu tak cukup ilmu macam mana cara elak karbohidrat untuk KURUS. Seksa oo.






Nak kurus sihat, boleh je ada sumber karbohidrat dalam menu harian, Tapi, tukarkan pengambilan karbohidrat ringkas kepada karbohidrat kompleks. 

Karbohidrat ringkas adalah sejenis karbohidrat yang mudah dihadam, dan mudah menaikkan kadar gula dalam darah kerana ianya ditukar kepada gula secara cepat. Ianya mempunyai serat dan nutrien yang rendah, yang juga menyebabkan badan rasa letih. Contohnya, nasi putih, roti manis, kek, pastry.

Karbohidrat kompleks adalah sejenis karbohidrat yang membekalkan tenaga dan ditukar kepada gula secara perlahan. Ianya beri rasa kenyang lebih lama, meningkatkan metabolisme badan dan mempunyai serat yang lebih tinggi. Contoh makanan, nasi perang dan roti wholegrain, oat.

Ramai jugak orang tanya, boleh tak nak makan bihun, mee, atau kuetiaw untuk ganti nasi. Pada saya, lebih elok sekiranya makan nasi. Nak lagi bagus makan nasi perang seperti yang dibincangkan di atas. Kalau tak ada nasi perang, makan nasi biasa dengan sukatan yang betul iaitu sebesar penumbuk ya. Barulah kita makan nasi untuk kurus ;)


Untuk hidangan lauk pula, ambil sumber yang mempunyai tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur. Elakkan makan daging kalau nak kurus, kerana daging mempunyai kalori dan lemak yang tinggi. tinggi kalori dan lemak. Kurangkan minyak dan gula dalam masakan. lebihkan masakan seperti sup ayam, sup telur, ayam bakar, asam pedas ikan.


Elakkan sayur tumis, dan lebihkan sayur yang dicelur, stim atau boleh juga dijadikan kerabu. Dalam masakan boleh gunakan rempah tapi elakkan gula dan serbuk perasa macam chicken stok atau ikan bilis stok ok. stok ni adik beradik ajinamoto juga. Jadi elakkan ya. Bawang halia serai tu nak letak banyak mana pon boleh. 

Nak kurus bukan suatu perjalanan yang mudah dan pendek. Ambil masa yang panjang. Jadi, nasihat saya jika nak menjayakan diet yang berpanjangan kena la ada menu yang sedap ye tak. Kalau tak sedap, alamatnya tahan untuk sehari je la. Cuba pelbagaikan menu setiap hari supaya tidak bosan ya.

Salam sayang,
Sharifah Zawiyah

0 comments:

Post a Comment