Sunday, February 19, 2017

Keperluan Asid Folik Sebelum dan Semasa Hamil

Assalamualaikum..

Tahu tak? ASID FOLIK bukan je perlu diambil semasa hamil, malah bakal ibu yang berhasrat nak hamil pun dah kena ambil asid folik tau.


Biasanya, ramai wanita yang tak menyedari dirinya hamil masa 4 minggu pertama kehamilan. Dan, wanita yang mula ambil asid folik selepas disahkan hamil oleh Doktor bukanlah cara yang betul sebenarnya.


WHO menyarankan supplemen asid folik boleh mula diambil oleh wanita seawal 3 bulan sebelum mengandung. Bermaksud ketika mula merancang untuk hamil, kita sudah boleh mula mengambil asid folik tambahan. Nampak tak keperluan asid folik sebelum dan selepas hamil tu,

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Wanita dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja mula merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan.

Mengapa perlunya asid folik?


Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Sumber makanan yang terbaik

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi ibu dan bayi dalam kandungan. Mengikut sumber babycenter.com , makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut pula mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Tapi kena ingat! Asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi makanan yang kaya dengan folat perlu dimasak dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Atau, boleh cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Nampak macam remeh kan. Jadi, cadangan saya, siap sedialah B complex Shaklee dengan asid folik. Lengkap semua!!

Pengambilan B complex bersama Vitalea membantu kadar penyerapan asid folik yang lebih baik. Disebabkan itulah, kedua-dua suplemen ini ada di dalam Set Mengandung Shaklee :)


Semua wanita yang bakal hamil dah tahu kan keperluan asid folik sebelum dan selepas hamil? Jadi, jangan pandang remeh lagi lepas ni ya. Wanita hamil sangat perlu makanan yang berkhasiat demi kepentingan diri dan bayi dalam kandungan.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee beserta Konsultasi percuma.

Call/Sms/WhatsApp: 013 – 433 3652
Emel: mamaziqryvitashoppe@gmail.com
Add FB : Sharifah Zawiyah
Follow FB Page: MamaZiqry Vita Shoppe
Daftar Keahlian Shaklee di 'Join Now' sekarang & Nikmati penjimatan sehingga 20%

COD Shaklee area Penang ( Farlim, Air Itam, Bukit Bendera, Jelutong, USM, Bayan Baru)

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

0 comments:

Post a Comment